Bismillahirrahmanirrahim..
2 3 hari kebelakangan ini hati
sangat terdetik untuk ke situ…
Terasa ingin mencari sebuah
ketenangan dan sebuah kedamaian yang kian hilang…
Namun langkah kaki masih tidak
gagah
Niat di hati masih tidak ikhlas
Lalu hasrat hati terpaksa
dikuburkan dengan pelbagai alas an yg dicipta sendiri
Bila diri tidak dapat ke sana gelisah
mula menjengah
Entah kenapa hati begitu rindu
utk ke sana
Dan rindukan rakan-rakan yg ada
di sana
Dan hari ini
Diri ini berjaya ke sana...
Walaupun berseorangan tanpa
ditemani teman
Namun atas keinginan yg begitu
kuat untuk merasai suasana di sana
Aku menguatkan diri
Namun, alangkah kecewanya diri
ini
Tatkala melihat tempat itu
sepi...
Hanya beberapa kelompok manusia
shj yg kelihatan , baik lelaki mahupun perempuan
Ke manakah pergi nya puluhan ribu manusia yg mendiami kwsn ini?
Tiada lagi semangat ukhwah yg
kelihatan
Tiada lagi senyuman ketenangan
yg menyapa
Tiada lagi wajah-wajah yg
dirindu
Ke mana mereka pergi? Tiada jawapan
utk itu
Namun, aku gembira
Kerana akhirnya hasrat itu
terlaksana walaupun telah terlambat
Setelah hanya tinggal sebulan
Hanya beberapa kali aku mampu ke
MASJID utk solat maghrib & isya’ berjemaah
Insha-allh setelah kekuatan yg
dtg pd hri ini
Aku akan cuba memanfaatkan masa yg ,masih berbaki
Utk mencari sebuah ketenangan & membina ukhwah sesame rakan
seagama…
Solat berjemaah itulah yg dirindu & masjidlah tempat yg dituju
Masjid Kampus Sultan Azlan Shah UPSI |
Terima kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN ya RAHIM kerana memberi peluang pd
diri & hati ini utk sentiasa mencari-Mu.
No comments:
Post a Comment