Saturday, April 27, 2013

KAUNSELOR adalah PENDAKWAH


Hari ini terdetik di hati ini utk berbicara mengenai dua kata-kata ini. Yang pertama,

 “ Hidup ini Satu Jalan Dakwah & Jalan itu PELBAGAI , jika tidak Mampu utk Berbicara Maka Menulislah”

Kata kata ini telah diILHAMkan oleh otak sy sendiri dan yang kedua oleh seorang yg sgt sy kagumi iaitu Dr Malik :

“Kaunselor adalah PENDAKWAH !”

Perkataan DAKWAH itu sangat2 dekat di hati aku tika ini. Entah knp ia seolah-olah memanggil-manggil namun memikirkan diri ini belum layak maka kata-kata itu dibiarkan sepi seketika. Aku bukanlah seorang yang bertudung labuh & aku memang x suka nak pakai tudung labuh namun sebolehnya aku cuba memakai tudung yg menutupi dada, bersarung tangan, berpakaian longgar dan berstokin. Aku selesa begini walaupun aku sebenarnya mempunyai background agama. Insha-allh dari segi ilmu agama, aku ada walau tak banyak mana dan masih mencari ilmu-ilmu baru. Pendek kata, aku bukanlah sesiapa utk berdakwah dan mungkin apa yg aku katakan tiada siapa yg peduli kerana penampilan yg biasa-biasa ini.

APA ITU DAKWAH?

“Dakwah dalam ISLAM adalah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah S.W.T serta kembali kepada ajaran-NYA yang sebenar.”

ITU MAKSUD SEBENAR. Tetap apa MASYARAKAT tafsirkan tentang DAKWAH? Mereka menganggap dakwah hny layak disampaikan oleh USTAZ, USTAZAH, ALIM ULAMAK dan seangkatan dengannya. Disebabkan itulah golongan spt sy MALU untuk menyampaikan DAKWAH. Itu tidak mengapa kerana ia PERKARA BIASA yg belaku.Oke, kembali kepada kedua-dua ayat di atas.

      Setelah meneliti, aku mengerti kenapa sebenarnya aku diletakkan di bidang KAUNSELING atau PENDIDIKAN yg sedikitpun TIADA minat aku padanya sejak kecil lagi malah kerjaya inilah yg cuba utk aku ELAKKAN dan akhirnya ALLAH menakdirkan aku di sini. Walaupun secara TERPAKSA aku melangkah lama-lama aku REDHA dan PASRAH dan atas perkataan DAKWAH itulah aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai SEORANG MURABBI.

      Ye ! KAUNSELOR ADALAH PENDAKWAH ! Insha-allh akan aku pegang kata-kata itu. Dan dalam hidup ini aku hanya ingin berDAKWAH. Walau diri tidak sesempurna mana, IMAN tidak sekuat IMAN para nabi, kadangkala bangun dan kadangkala jatuh, tak mampu menegur MAKSIAT yg berleluasa, sekurang-kurangnya aku mampu MENULIS. ALLAH anugerahkan jari-jemari ini untuk menaip perkataan-perkataan yg baik-baik utk tatapan umat ISLAM yg lain. Ini pendekatan yg aku gunakan setakat ini. Ini yang termampu dan aku mengharapkan lebih lagi. Insha-allh akan aku mulakan dengan para pelajar kun anti.

      “Semoga aku KUAT DAN TABAH dalam berDAKWAH dan ramai lagi yang menyertaiku dalam langkahku ini. ALLAH, aku Mohon KEKUATAN atas KESULITAN yang telah Engkau tentukan utk ku. Pimpin hati ini utk REDHA atas ketentuan-Mu. Ameeen~”

No comments:

Post a Comment

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...