Assalamualaikm
dan Salam Sejahtera,
Sekadar ingin
berkongsi kata-kata ini
“Kadang-kadang
kita nampak baik kerana ALLAH tutup aib kita”
Ye,
mungkin ada yang kata aku baik atau dia baik. Tapi kadangkala kita sebenarnya
tidak tahu kisah silam mereka. Benar, ada orang yang betul2 baik tapi pasti
kita takkan mampu lari dari dosa. Ada orang kata aku semakin baik tapi aku tak
pernah merasakannya kerana kebaikan ini adalah jalan untuk menampung dosa-dosa
atas kejahilanku suatu ketika dahulu. Walaupun sekadar dosa kecil saban hari,
bila dikumpul ia mampu menjadi dosa
besar. Bila mengenangkan diriku suatu ketika dahulu, hampir setiap hari aku
ingin menangis dan memohon keampunan dari-Nya. Dosaku membuka aurat, dosa
berkapel, dosa melawan kata mak abah, dosa menipu, bergosip dan banyak lagi
dosa yang tak terhitung banyaknya. Aku risau ALLAH tidak mengampunkan
dosa-dosaku suatu ketika dahulu.
Dan
kini, hari ini dan hingga akhir hayatku INSHA-ALLAH diri ini dalam proses
memperbaiki diri walau banyak kali aku jatuh dan jujurnya, hati ini masih belum
mampu untuk khusyu’ beribadah kepada-Nya, belum cukup ikhlas untuk memaafkan,
belum cukup kuat utk redha dengan ketentuan-Nya namun diri ini tak pernah
berhenti mencuba dan terus mencuba.
ALLAH,
ampunkan aku atas dosaku semalam, hari ini dan di masa hadapan. Bimbinglah diri
ini untuk mencintai-Mu lebih dari aku mencintai dunia. Temukan diri ini
orang-orang yang membantu aku menuju syurga-Mu. Aku hamba yang lemah L Memang aku
bukan orang yang bertudung labuh, berniqab dan berjubah namun aku insan yang
sentiasa berusaha ke arah itu...
Moga
aku ISTIQAMAH dalam perjuangan menuju redha-Mu. Aku insan yang masih belajar
dan akan terus belajar. Seringkali terfikir mengenai bagaimanakah pengakhiran
hidupku. Bila ada yang bertanya soal jodoh, aku seolah-olah tidak punya hati
lagi. Kenapa? Kerana diri ini masih belum baik lagi. Aku percaya ALLAH tentukan
jodoh berdasarkan siapa kita pada ketika itu. Aku inginkan seorang pendamping yang mampu membawaku ke
syurga-NYA. Bagaimana ingin mendapatkan orang itu andai diri masih tidak ke
arah itu? Jadi biarlah aku bersendiri terlebih dahulu dan memperbaiki diri dan
bila tiba masanya Jodoh itu akan datang sendiri J
Saya selesa dengan hidup sy skrg dengan hanya mendambakan cinta-NYA J Moga orang sekelilingku turut bersamaku ke arah kehidupan yang lebih baik~
No comments:
Post a Comment