Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad
Wa a’la alihi washohbihi wasallim
12 rabiul awal 1434 H
Salam Maulidur Rasul !
Terdetik dalam hati ini satu perasaan yang aneh, perasaan ingin
bertemu kekasihMu Ya Rabb.Entah mengapa hati ini begitu rindu pada kekasih-Nya, Muhammad
S.A.W
Diri ini tahu terlalu banyak dosa dilakukan, Diri ini pernah
terleka suatu ketika dahulu, terkadang hati terdetik. Masih adakah ruang
pengampunan untuk ku? Ya, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. Allah,
ampunkan segala kekhilafanku di masa lalu, segala kelalaianku di masa lalu,
terlalu mengejar CINTA DUNIA hingga lupa cinta yang abadi
Layakkah aku untuk bertemumu, Ya Rasulullah? Kadang2 aku rasa
lucu, insan sejahat ini mampu menangis kerana rindu kan Rasulullah. Apakah benar
ini aku? Apakah benar air mata ini? Allah...terima kasih kerana menjentikkan
rasa RINDU dalam hati ini pada seorang insan yang tak pernah aku temui. Mungkin
ada di antara kalian yang sudah biasa dengan perasaan ini. Menangis kerana
Allah, menangis kerana Rasulullah. ALHAMDULILLAH, tahniah ! kalian insan
terpilih yang Allah janjikan syurga buatmu.
Aku masih insan yang LEMAH, masih
cuba mencari-cari erti kehidupan yang sebenar.
Kini, aku kembali. Kembali mencari CINTA HAKIKI. Walau masih
lemah, aku paksa diri untuk melakukan perubahan. Mungkin tiada yang berbeza di
mata orang, tapi biarlah hanya ALLAH yang mengetahui perubahan aku. Aku harap
moga sentiasa ISTIQAMAH dalam perjuangan ini.
ALLAH, Aku Rindu (T_T)
No comments:
Post a Comment