Assalamualaikum W.B.T…
Alhamdulillah, masih diberi sebuah kehidupan disamping
kehadiran insan yang tersayang…Tahun 2012 kini melabuhkan tirainya. Maka bermulalah
sebuah tahun baru, 2013. Bermacam-macam kenangan yang terlintas apabila
merenung masa lalu. Aku percaya semua orang pasti ada kenangan silam yang masih
melekat hingga ke hari ini. Aku percaya manusia itu pasti akan jatuh walau
hanya sekali cuma dan dari kejatuhan itulah membuatkan manusia itu bangun dan
terus kuat meniti hari-hari yang mendatang.
Dalam kita berbahgia pasti ada insan yang sedang
menderita dan begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita lupa bersyukur atas
segala nikmat yang telah kita peroleh di muka bumi ALLAh ini. Peristiwa 2012
itu bagaikan NIGHTMARE dalam hidup aku. Namun daripada NIGHTMARE itulah aku
bangun untuk berusaha mencapai SWEETDREAM yang aku impikan. Siapa sangka
percintaan yang terbina setelah sekian lama musnah sebegitu sahaja hanya kerana
perkara yang dipendam sekian lama. Sebuah penyesalan terbit di hati ini kerana
degil tidak mengikut kata hati untuk meninggalkannya. Namun, aku hanya insan lemah
yang memohon kekuatan dari ALLAH yang maha Esa. Benar kata orang, MENCINTAI
MANUSIA buat kita LEMAH, tapi MENCINTAI ALLAH buat kita jadi lebih KUAT dan TABAH. Atas kegagalan
itu, aku mula mencari kehidupan yang sebenar iaitu KEHIDUPAN AKHIRAT. Kalaulah ALLAH
ambil nyawaku tika ini, aku bersedia kerana sesungguhnya ujian-NYA kali ini
terlalu berat untuk aku tanggung. Namun, apalah dayaku melawan takdir yang Maha
Esa.
Dalam aku mencari kekuatan, pasti ada sahaja halangan
yang mendatang. Aku berhadapan dengan pelbagai karenah manusia yang masih tidak
faham apa yang aku alami. Namun, aku anggap ianya sebagai ujian dari-Nya untuk
menebus kembali dosa aku pada masa lalu. Diri ini terlalu leka dengan dunia
sehingga lupa sebuah kehidupan yang abadi iaitu kehidupan Akhirat sana. Dan akhirnya
kini, sehingga saat ini aku masih tercari-cari di mana kekuatanku? Yang dulu
aku banggakan?
*bakal pendampingku*
Alhamdulillah, ALLAH Maha Penyayang. Dia beri aku satu
kehilangan namun dia gantikan dengan ANUGERAH yang terindah buat aku. Makin ramai
orang yang aku kenal membuatkan aku bersyukur atas pemberian-NYA. Perkenalan aku
dengan dirinya sedikit sebanyak mampu membuatkan aku kuat. Ketabahannya membuatkan
aku terfikir sejenak. Kalau dia boleh, mengapa aku tidak ? sedangkan ujiannya
lebih besar dari aku. Dan aku ditemukan dengan orang-orang yang pernah jatuh
suatu ketika dahulu dan kini menjadi insan yang Berjaya dan bangkit dengan
sebuah senyuman di bibirnya. Sesungguhnya aku bersyukur atas pemberian yang
tidak ternilai untuk aku.
2013 ini akan kujadikan tahun yang terindah buat diriku. Akan
aku capai segala yang aku impikan. Akan aku hapuskan segala duka yang telah aku
lalui. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
sahabat, kaum keluarga yang telah banyak membantu aku untuk terus bangun dari
kejatuhan. Walaupun mungkin tanpa sedar aku menjadikan mereka idola aku. Terima
kasih kerana menyedarkan aku bahawa banyak lagi keindahan dalam dunia ini yang
perlu aku teroka. Aku berazam untuk melupakan segala yang telah aku lalui dan
berhenti melakukan semua yang telah aku lakukan demi sebuah kebenaran. Aku sudah
berusaha dan kini tibalah masanya untuk aku bertawakal dan berserah kepada-Nya
untuk membalasnya.
* my big family*
*catalyst*
Doaku , “ya ALLAH ikhlaskan hati ini untuk redha atas
ketentuan-Mu. Berikan kebahagiaan kepada insan yang pernah membahagiakan hidup
aku. Kurniakanlah aku pendamping yang mampu membimbing diri ini ke arah mendekati-Mu.
Jangan biarkan diri ini mencintai orang lain lebih dari cintaku kepada-Mu. Aku berserah
sepenuhnya kepada-Mu . ampunkanlah segala dosa-dosaku dan terimalah taubatku”
#SELAMAT TINGGAL NIGHTMARE -.-
Go Zfa..!!!segala yang terjadi pasti akan lebih mendewasakan kita. semoga bertemu dengan kebahagiaan.
ReplyDeletetHanks ! gO gO gO ale ale ale haha...yUp ! life Must gO On nO maTter wHat... insha-allah sme2 kita cari kebahagiaan yg hakiki...
ReplyDelete