Thursday, December 6, 2012

BERSOLEK cepatkan MENOPAUS?


Selamat petang wahai kaum hawa !

Assalamualaikum smua ! eh knp kaum hawa je? Hehesbb post kali ni sy hny nak tujukan pd kaum hawa di luar sanaLumrah hati seorang perempuan yang pastinya sentiasa ingin kelihatan cantik walau di mna dia berada hatta ketika ingin tidur sekaliipun. Namun, kecantikan apa yg dicari sbnr nya? Adakah kecantikan luaran atau kecantikan dalaman? Anda pilih, anda fikir , anda nilai.

 " saya suka Diana Amir . perempuan paling cantik ."

        Di sini sy ingin berkongsi satu artikel yg sy baca dlm Majalah Harmoni Keluaran Istimewa Percutian. Artikel ini bertajuk “ Bersolek Cepatkan Menopausreally? Anda suka bersolek kan? Cuba baca artikel ni :-

Penelitian berjudul National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika Syarikat oleh Universiti Washington mendapati wanita yang sering menggunakan mekap cenderung untuk mengalami menopaus lebih cepat berbanding wanita seusia mereka.

Walaupun kebanyakan wanita mengalami menopaus di antara usia 49 hingga 51 tahun, namun kajian yang melibatkan 5,708 wanita itu mendapati bahawa menopaus boleh berlaku sehingga 15 tahun lebih awal disebabkan kandungan bahan kimia yang terdapat dalam alat mekap. Wow! 15 tahun lebih awal ! bayangkan.

Ketua kajian Dr Natalia Grindler yg membentangkan penemuan itu dlm persidangan American Society of Reproductive Medicine menyatakan kandungan bahan kimia ftalat yang banyak ditemui dalam alat solek seperti pewarna kuku, gincu dan minyak wangi berupaya menyebabkan wanita menopaus pada pertengahan 30-an.
Situasi ini berlaku kerana ftalat yg berada dlm darah dan urin wanita berpotensi untuk mempengaruhi fungsi ovary dan reproduksi wanita sehingga mereka mengalami menopaus lebih cepat berbanding wanita seusia.

Hurmtakut kan denga? Bahan kimiammg kita akan Nampak cantik skrg tp akhirnya?? Diri sendiri jugak yg merana. Mungkin artikel ini boleh memberikan info serba sedikit. Tak salah bersolek tapi biarlah kena pada tempat dan ada masa-masa tertentu sahaja.

Sekian saje entri kali ini. Moga kita bertemu lagi ! tata~

"KECANTIKAN SEBENAR LAHIR DARI HATI YG SUCI" 


No comments:

Post a Comment

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...