Tuesday, December 4, 2012

teNtaNg NIKMAT


Assalamualaikum & selamat petang
 
"ya allah, redhakan lah aku atas apa yg telah engkau takdirkan"

Alhamdulillah, hari ini kita masih bernafas di bumi milik sang Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Hari ini sy hanya ingin berkongsi sebuah cerita yg mungkin dapat memberi kekuatan buat insan yang pernah merasa kehilangan tidak kiralah kehilangan harta benda, kecantikan, hatta orang-orang yang tersayang.

        Sy pernah dengar satu kisah di radio. Kisahnya pada zaman dahuluada seorang hamba Allah yang diuji oleh Allah. Hamba ni sangat taat beribadah dan terkenal dengan kealiman dan warak nya. Pada suatu hari, beliau diuji Allah. Beliau menderita sakit kencing manis (istilah moden) lalu kaki beliau terpaksa dipotong. Zaman dulu takde mesin canggih2 ni, potong kaki pakai gergaji je..cuba anda bayangkan betapa sakit dan azabnya kaki dipotong menggunakan gergaji. Allahtak terbayang keperitan hamba Allah ini. Namun, ketika kakinya dipotong tiada setitik pun airmata atau jeritan yang kedengaran di bibir hamba Allah inizaman dulu mana ada bius2 nibeliau sedar dan melihat sendiri kakinya dipotong. Can u imagine? Allah.tabahnya hati lelaki ini. 

Setelah selesai kakinya dipotong, datang seorang rakan memberitahu khabar tentang anaknya. Anda tahu apa ? anaknya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Sy tak pasti kemalangan yg bagaimana tetapi yg pastinya anak hamba Allah ini telah meninggal dunia. Allah.sudah lah kakinya dipotong, anak nya pula meninggal duniabak kata orang, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga. Dan sekali lagi, tiada setitik pun airmata yang keluar dari mata lelaki ini dan beliau dalam keadaan tenang pulang ke rumah bagi menguruskan pengebumian anaknya.

        Lalu, rakan-rakannya hairan melihat reaksi hamba Allah ini. Datang seorang rakan bertanyakan kemusykilan yang bersarang di hatinya.

“ wahai sahabat, engkau telah ditimpa dengan dua bencana. Pertama, engkau kehilangan kakimu. Kedua, engkau kehilangan anakmu. Namun, aku lihat tiada setitik pun air mata yang mengalir dari matamu. Malah, muka kamu juga kelihatan tenang menghadapi kedua musibah ini. Apakah sebenarnya yang engkau fikirkan wahai sahabat? “

Lalu hamba Allah ini menjawab,
“ aku tidak menangis bukan bermakna aku tidak sedih dengan kehilangan nikmat Allah ini. Tetapi, inilah yang aku fikirkan. Aku hanya kehilangan kaki, sebelah kaki sahaja, aku masih ada satu lagi kaki untuk aku terus berjalan di muka bumi ini. Aku juga masih mempunyai anggota yang lain untuk membantu aku meneruskan hidup. Jadi, tiada apa yg perlu ditangiskan. Aku memang kehilangan seorang anak dan aku tidak menangis bukan bermakna aku tidak sayang tetapi krn aku masih mempunyai anak-anak yang lain. Anak-anak ini masih mampu memberikan kebahagiaan untuk aku. Aku hanya hilang sedikit sje nikmat yang ALLAH kurniakan. Jadi, untuk apa aku menangis? Masih banyak nikmat yg Allah tinggalkan untuk aku berbanding apa yg ditariknya”

Sahabat terdiam. Hurmhebat kan hamba ALLAH ni kwn2? Sungguh tabah menghadapi ujian dari-NYA. Ye, btul.kita hanya kehilangan sedikit sahaja nikmat yg allh kurniakan tapi kita tidak hilang semuanya..buat  kamu semua yg pernah kehilangan, bersabarlah. Anggaplah itu takdir yang Allah tetapkan untuk kamu. Banyakkan bersabar kerana di sebalik kepahitan itu ada kemanisannya. Semoga diri kalian sentiasa dlm rahmatnya. 

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...