Thursday, November 15, 2012

sALam Cinta :)


Assalamualaikum dan selamat pagi
Setelah sekian lama blog ini dibiarkan berhabuk dan bersawang, maka terdetik di hati ini untuk menyambung kembali hobi lama dalam berblogging:D Dalam tahun ini pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup akuada yg suka dan ada yg dukatanpa kita sedar, sebagai umat Islam kita telahpun melangkah ke tahun baru. Oleh itu, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua peminat (ewah!peminat konon..haha) yang beragama Islam. Semoga tahun baru ini memberi 1000keberkatan dan rahmat kepada kalian. Jadikan tahun baru ini sebagai medium untuk sentiasa meningkatkan amal ibadat kita sebagai hamba di muka bumi milik yg Esa ini (ayat fb aku ni... )


       Bila kita bercakap mengenai tahun baru, pasti yg sering ditanya adalah “Apakah azam kita di tahun baru?” yeAZAMbukan Azam Bin Dolah atau Azam Bin Pak Seman atau Muazam atau Azamuddin dan sebagainya lahtapi azam ni adalah apakah matlamat, impian, atau cita-cita pabila kita melangkah ke tahun baru inijadi, kat sini aku nak berkongsi serba sedikit dengan kalian mengenai azam aku ni yg tak seberapaagak2 korang apa azam ak ye tahun ni??erm erm erm

       Ye! Nampaknya semua jawapan korang SALAH! Hehe.tah knape ape yg terlintas di fikiran ak sempena taun baru ni adalah aku nak KAWEN! Yekahwin atau bhs panjang nya MENDIRIKAN RUMAH TANGGAJ mungkin  akan ada yang kata entry ni entry gatal, miang dan sebagainya tapi bagi aku gadis seusia 22 tahun ni dah layak untuk memikirkan tentang jodohnya atau siapakah yang bakal menjadi peneman hidup sepanjang usianya di bumi Tuhan iniaku bukannya nak mencari pasangan baru untuk bercinta atau berkapel bagai..tapi aku mencari seorang teman hidup yang mampu menjadi suami dan bapa kepada anak-anak aku kelak
 * cincin Irma & Redza..ak impikan lelaki mcm suami Irma :)

       Jujurnya, tatkala melihat teman-temanku mendirikan rumah tangga dan ada juga yang telah menimag cahaya mataada rasa cemburu dalam hati ini namun cepat2 ak istighfar dengan mengatakan mungkin belum tiba masanya untuk akumungkin aku juga masih kurang persediaan dalam menempuh alam yang lagi satu. Allah itu tau apa yang terbaik untuk hamba-Nyaape2 pun tahniah pada sahabat-sahabat yg telah Berjaya mendapat teman hidup dan cahaya mata. Harapan aku semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke syurga dan diredhai-Nyajalankanlah tanggungjawab sebagai isteri atau suami dengan sebaiknya. Ketahuilah bahawa kalian telahpun menyempurnakan tanggungjawab sebagai orang Islam.
       Pengalaman gagal dalam percintaan sebanyak 2 kali sudah serik untuk membuatkan aku bercinta atau kapel lagi. Ya ! kapel itu haram hukumnya tetapi perasaan itu adalah anugerah dari-Nyajika kita pandai mengawal hati maka tidak menjadi masalah untuk kita berkawankegagalan kali ini mungkin menutup hati aku untuk bercinta dengan mana-mana lelaki lagibiarlah aku jadikan dia cinta terakhir dalam hidup akumungkin lepas ni aku akan menunggu pinangan dari bakal suami akuwalaupun aku masih tak tau siapakah diaagak2 ada tak orang nak kat aku? Huhu~

       Cinta pertama aku telah pun mengecapi kebahgiaan bersama isteri tercinta. Jujur, aku bahagia melihat kebahagiaan mereka. Tak sabar rasanya melihat cahaya mata pertama mereka. Kata dia, kalau kita saying orang tu, tak semestinya kita tunjukkan kasih sayang kita tetapi cukup sekadar kita bahagia melihat dia bahagia J ntah kenapa,aku berpegang pada kata-kata tu.buat awak, terima kasih kerana masih menyayangi dan menjaga saya walau dari jauh. Apa yang saya harapkan adalah kebahagiaan insan tersayang...

Cinta kedua merangkap yang terakhir baru sahaja pergi meninggalkan aku. Jujur nya, hati ini masih sayang dan masih perlukannya. Namun, biarlah DIA yang menentukan perjalanan hidup kami. Kalaulah dia bahagia dengan keputusannya, insha-allah aku redha. Namun, jauh di sudut hati masih mengharapkan kepulangannya dan semoga ia hanya sekadar mimpi. Dengan berakhirnya hubungan ini, maka aku ingin mengunci dan menutup pintu hati sehingga ada yang melamar aku untuk menjadi suri dalam hidupnya. Perjalanan aku masih jauh dan banyak perkara yang aku ingin lakukan dalam kehidupan aku ini.
Sebelum memikirkan soal jodoh dan cinta, biarlah aku menamatkan pengajian aku terlebih dahulu dan menggenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan keluarga aku. Doakan aku dapat MENGEKALKAN IJAZAH KELAS PERTAMA yg aku peroleh sekarang kadangkala aku terfikir camne kalo takde orang nak kat aku? HmmmNampak macam sedih kan? Huhutapi aku tak kesah sebab aku percaya ketentuan-Nya dan aku sudah ada perancangan untuk ituaku berazam untuk menjadi seorang “career woman” atau “workaholic”. Aku nak bagi kesenangan kepada family aku. Dulu , aku pernah bercita-cita nak ambil anak angkat bila aku dah keje nanti. Sekurang-kurangnya aku takde la sepi kat umah nanti. Ada jugak teman berborak dan berkongsi suka dan duka. Aku teringin untuk jadi seorang ibu oke :)
ape2 pun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yg telah memberi peluang dan ruang untuk aku merasa disayangi dan menyayangi. terima kasih pada semua yang telah bersama-sama aku dalam menempuh kehidupan selama 22 tahun ini. sesungguhnya kalian banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenarnya terutama buat seluruh ahli keluarga yang sentiasa ada kala susah atau senang. aku jugak nak mohon maaf andai sepanjang kehadiran aku dalam hidup kalian telah membuatkan kalian teruguris hati. mohon maaf atas segalanya :)
Oke laaku rasa aku pn dh nak smpai tanjung malimoh lupe ! mase ak menaip ni ak dlm trend dari Rawang ke Tanjung Malimso skrg dh nk smpai, jd Lebih baik aku berhenti takat ni jepenat dah membebel. Thanks pada yang sudi membaca entry ni sehingga ke penulisan yang terakhir. Mungkin aku belum cukup persiapan untuk melangkah ke alam lagi satu. Aku bukan budak baik tapi aku sentiasa cuba untuk ubah diri aku menjadi yang lebih baik ! doaakan aku Berjaya dalam hidup taw ! aku doakan kalian yang membaca ni pun Berjaya dalam hidupkalianamin

Lastly, buat adek2 smk raja permaisuri bainun, I miss u guys ! nantikan entry cikgu tentang kisah korang plak ye ! tata titi tutu~


No comments:

Post a Comment

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...