Hari
ini terdetik di hati ini utk berbicara mengenai dua kata-kata ini. Yang pertama,
“ Hidup ini Satu Jalan Dakwah & Jalan itu
PELBAGAI , jika tidak Mampu utk Berbicara Maka Menulislah”
Kata
–kata
ini telah diILHAMkan oleh otak sy sendiri dan yang kedua oleh
seorang yg sgt sy kagumi iaitu Dr Malik :
“Kaunselor
adalah PENDAKWAH !”
Perkataan
DAKWAH itu sangat2 dekat di hati aku tika ini. Entah knp ia seolah-olah
memanggil-manggil namun memikirkan diri ini belum layak maka kata-kata itu
dibiarkan sepi seketika. Aku bukanlah seorang yang bertudung labuh & aku
memang x suka nak pakai tudung labuh namun sebolehnya aku cuba memakai tudung
yg menutupi dada, bersarung tangan, berpakaian longgar dan berstokin. Aku selesa
begini walaupun aku sebenarnya mempunyai background agama. Insha-allh dari segi
ilmu agama, aku ada walau tak banyak mana dan masih mencari ilmu-ilmu baru. Pendek
kata, aku bukanlah sesiapa utk berdakwah dan mungkin apa yg aku katakan tiada
siapa yg peduli kerana penampilan yg biasa-biasa ini.
APA
ITU DAKWAH?
“Dakwah
dalam ISLAM adalah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman dan
taat kepada Allah S.W.T serta kembali kepada ajaran-NYA yang sebenar.”
ITU MAKSUD SEBENAR. Tetap apa MASYARAKAT tafsirkan
tentang DAKWAH? Mereka menganggap dakwah hny layak disampaikan oleh USTAZ, USTAZAH, ALIM ULAMAK dan seangkatan dengannya. Disebabkan
itulah golongan spt sy MALU untuk menyampaikan DAKWAH. Itu
tidak mengapa kerana ia PERKARA BIASA yg belaku.Oke, kembali kepada kedua-dua
ayat di atas.
Setelah
meneliti, aku mengerti kenapa sebenarnya aku diletakkan di bidang KAUNSELING
atau PENDIDIKAN yg sedikitpun TIADA minat aku padanya sejak kecil lagi malah
kerjaya inilah yg cuba utk aku ELAKKAN dan akhirnya ALLAH menakdirkan aku di
sini. Walaupun secara TERPAKSA aku melangkah lama-lama aku REDHA dan PASRAH dan
atas perkataan DAKWAH itulah aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan
sebagai SEORANG MURABBI.
Ye ! KAUNSELOR ADALAH PENDAKWAH ! Insha-allh akan aku pegang
kata-kata itu. Dan dalam hidup ini aku hanya ingin berDAKWAH. Walau diri tidak
sesempurna mana, IMAN tidak sekuat IMAN para nabi, kadangkala bangun dan
kadangkala jatuh, tak mampu menegur MAKSIAT yg berleluasa, sekurang-kurangnya
aku mampu MENULIS. ALLAH anugerahkan jari-jemari ini untuk menaip
perkataan-perkataan yg baik-baik utk tatapan umat ISLAM yg lain. Ini pendekatan
yg aku gunakan setakat ini. Ini yang termampu dan aku mengharapkan lebih lagi. Insha-allh
akan aku mulakan dengan para pelajar kun anti.
“Semoga aku KUAT DAN TABAH dalam berDAKWAH dan ramai lagi yang
menyertaiku dalam langkahku ini. ALLAH, aku Mohon KEKUATAN atas KESULITAN yang
telah Engkau tentukan utk ku. Pimpin hati ini utk REDHA atas ketentuan-Mu.
Ameeen~”