Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul


Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad
Wa a’la alihi washohbihi wasallim
12 rabiul awal 1434 H
Salam Maulidur Rasul !

Terdetik dalam hati ini satu perasaan yang aneh, perasaan ingin bertemu kekasihMu Ya Rabb.Entah mengapa hati ini begitu rindu pada kekasih-Nya, Muhammad S.A.W
Diri ini tahu terlalu banyak dosa dilakukan, Diri ini pernah terleka suatu ketika dahulu, terkadang hati terdetik. Masih adakah ruang pengampunan untuk ku? Ya, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. Allah, ampunkan segala kekhilafanku di masa lalu, segala kelalaianku di masa lalu, terlalu mengejar CINTA DUNIA hingga lupa cinta yang abadi

Layakkah aku untuk bertemumu, Ya Rasulullah? Kadang2 aku rasa lucu, insan sejahat ini mampu menangis kerana rindu kan Rasulullah. Apakah benar ini aku? Apakah benar air mata ini? Allah...terima kasih kerana menjentikkan rasa RINDU dalam hati ini pada seorang insan yang tak pernah aku temui. Mungkin ada di antara kalian yang sudah biasa dengan perasaan ini. Menangis kerana Allah, menangis kerana Rasulullah. ALHAMDULILLAH, tahniah ! kalian insan terpilih yang Allah janjikan syurga buatmu. 

Aku masih insan yang LEMAH, masih cuba mencari-cari erti kehidupan yang sebenar.
Kini, aku kembali. Kembali mencari CINTA HAKIKI. Walau masih lemah, aku paksa diri untuk melakukan perubahan. Mungkin tiada yang berbeza di mata orang, tapi biarlah hanya ALLAH yang mengetahui perubahan aku. Aku harap moga sentiasa ISTIQAMAH dalam perjuangan ini.
ALLAH, Aku Rindu (T_T)


Tuesday, January 8, 2013

Tips Melupakan Kekasih



Bagaimana cara lupakan bekas kekasih?

Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

Sebelum tu, Saya nak cakap,
“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”





Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,
BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are
you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca
sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE
SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je,
“ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara
berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam
selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah
dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu
dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat! :)


* cOpy Paste fRom FB *


Monday, January 7, 2013

::2012 in memory::


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, masih diberi sebuah kehidupan disamping kehadiran insan yang tersayangTahun 2012 kini melabuhkan tirainya. Maka bermulalah sebuah tahun baru, 2013. Bermacam-macam kenangan yang terlintas apabila merenung masa lalu. Aku percaya semua orang pasti ada kenangan silam yang masih melekat hingga ke hari ini. Aku percaya manusia itu pasti akan jatuh walau hanya sekali cuma dan dari kejatuhan itulah membuatkan manusia itu bangun dan terus kuat meniti hari-hari yang mendatang.

Dalam kita berbahgia pasti ada insan yang sedang menderita dan begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita lupa bersyukur atas segala nikmat yang telah kita peroleh di muka bumi ALLAh ini. Peristiwa 2012 itu bagaikan NIGHTMARE dalam hidup aku. Namun daripada NIGHTMARE itulah aku bangun untuk berusaha mencapai SWEETDREAM yang aku impikan. Siapa sangka percintaan yang terbina setelah sekian lama musnah sebegitu sahaja hanya kerana perkara yang dipendam sekian lama. Sebuah penyesalan terbit di hati ini kerana degil tidak mengikut kata hati untuk meninggalkannya. Namun, aku hanya insan lemah yang memohon kekuatan dari ALLAH yang maha Esa. Benar kata orang, MENCINTAI MANUSIA buat kita LEMAH, tapi MENCINTAI ALLAH buat  kita jadi lebih KUAT dan TABAH. Atas kegagalan itu, aku mula mencari kehidupan yang sebenar iaitu KEHIDUPAN AKHIRAT. Kalaulah ALLAH ambil nyawaku tika ini, aku bersedia kerana sesungguhnya ujian-NYA kali ini terlalu berat untuk aku tanggung. Namun, apalah dayaku melawan takdir yang Maha Esa.

Dalam aku mencari kekuatan, pasti ada sahaja halangan yang mendatang. Aku berhadapan dengan pelbagai karenah manusia yang masih tidak faham apa yang aku alami. Namun, aku anggap ianya sebagai ujian dari-Nya untuk menebus kembali dosa aku pada masa lalu. Diri ini terlalu leka dengan dunia sehingga lupa sebuah kehidupan yang abadi iaitu kehidupan Akhirat sana. Dan akhirnya kini, sehingga saat ini aku masih tercari-cari di mana kekuatanku? Yang dulu aku banggakan?


*bakal pendampingku*

Alhamdulillah, ALLAH Maha Penyayang. Dia beri aku satu kehilangan namun dia gantikan dengan ANUGERAH yang terindah buat aku. Makin ramai orang yang aku kenal membuatkan aku bersyukur atas pemberian-NYA. Perkenalan aku dengan dirinya sedikit sebanyak mampu membuatkan aku kuat. Ketabahannya membuatkan aku terfikir sejenak. Kalau dia boleh, mengapa aku tidak ? sedangkan ujiannya lebih besar dari aku. Dan aku ditemukan dengan orang-orang yang pernah jatuh suatu ketika dahulu dan kini menjadi insan yang Berjaya dan bangkit dengan sebuah senyuman di bibirnya. Sesungguhnya aku bersyukur atas pemberian yang tidak ternilai untuk aku.

2013 ini akan kujadikan tahun yang terindah buat diriku. Akan aku capai segala yang aku impikan. Akan aku hapuskan segala duka yang telah aku lalui. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat, kaum keluarga yang telah banyak membantu aku untuk terus bangun dari kejatuhan. Walaupun mungkin tanpa sedar aku menjadikan mereka idola aku. Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa banyak lagi keindahan dalam dunia ini yang perlu aku teroka. Aku berazam untuk melupakan segala yang telah aku lalui dan berhenti melakukan semua yang telah aku lakukan demi sebuah kebenaran. Aku sudah berusaha dan kini tibalah masanya untuk aku bertawakal dan berserah kepada-Nya untuk membalasnya.

* my big family*
*catalyst*

Doaku , “ya ALLAH ikhlaskan hati ini untuk redha atas ketentuan-Mu. Berikan kebahagiaan kepada insan yang pernah membahagiakan hidup aku. Kurniakanlah aku pendamping yang mampu membimbing diri ini ke arah mendekati-Mu. Jangan biarkan diri ini mencintai orang lain lebih dari cintaku kepada-Mu. Aku berserah sepenuhnya kepada-Mu . ampunkanlah segala dosa-dosaku dan terimalah taubatku”

#SELAMAT TINGGAL NIGHTMARE -.-


LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...