Saturday, October 15, 2011

::jangan TERLALU menuding jari::

ASSALAMUALAIKUM..apa kabar smua??alhamdulillah~kalo yang msih sihat...alhmdulillah juge kalo diberikan kesakitan..tandanya ALLAH sayang kamu..Hari ni merapu sket sal prinsip hidup…semua org ade prinsip kan??mesti banyak kan prnsip hidup msg2?? So sy jua tak terkecuali ade prinsip hidup walaupun hdup caca marba hehe..


Tapi nk ckp satu je prinsip…gini prinsip nye..

“bila terjadinya sesuatu peristiwa maka jangan menuding jari pd org len…tapi tuding jari pada diri sendiri…mesti ada silapnya pada diri kita…dan paling penting tengok hubungan kita dengan Tuhan pencipta alam…semua ni UJIAN nak uji keimanan kite”

Persoalannya di sini senang ke nak menyalahkan diri sendiri walhal terang dan nyata salah orang lain??secara kasarnya nampak orang len yang salah tapi tersirat nya kita turut boleh dipersalahkan…macam mne ea nak dispute diri kite??penah tak korang rase macam tu??

Dalam hidup kita berhadapan dengan bermacam konflik…dengan kawan2…dengan cikgu….dengan rumate…dengan kekasih and spe2 jua la…sejauh mana kekuatan kite berhadapan dengan semua ni?? Erm susah kan…nak2 la tengah2 musim exam ni kan gado2 lak ngan buahati pengarang jantung…aiseh sabo je le ye….kalo tak kuat maunye hancur lebur paper yang nak dijawabnye…yela..yang tersayang kan…wat hal lak time2 nak exam ni….memang la pada mula nya kite pencetus tapi dia pulak lebih2…and kita pulak jadi lebih2 pk…ha macam mane tu?? Gado oke lagi ce kalo kena tinggal time2 exam…pergh~ sangat hebat UJIAN itu…mau 44 hari44 malam meraung tak belagu…emm tapi mana lagi penting???cinta atau cita2??haruslah cita2…kejo dulu cita2 tu…lupekan cinta tu dulu…

Erm persoalannye cmne ea nak menuding jari pd diri sendiri??berat kan???emm tapi tu la yang sy salu wat…entah la nape…tapi macam tu la…bagi meredakan kesakitan…saket jugak tapi sekurang2 nya dapat memaafkan si dia bila kita letakkan salah tu pada diri kita…bagi sy bila berlakunya sesuatu konflik pasti ada hikmahnya…kte kena cek balik nape dia nya berlaku…apa yang kita kena cek??

  1. Ada x kite wat salah yang same kat orang tu?
  2.  Ada x kite wat salah kat org len sebelum2 ni??
  3. Erm sejauh mane hubungan kita dengan ALLAH??ada tak kita leka dengan dunia?
  4.   Atau mungkin satu hari kita akan wat kesalahan yang same nanti…



Erm…nape kena pk mcm tu??sebab nya…ingat x satu pepatah ni…buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat…ALLAH tu kan maha Adil…kadang2 balasan atas perbuatan kita tu serta-merta je boleh dapat kat dunia ni…lagi ok la kalau dapat balasan di dunia…tu tandanya ALLAH sayang kita…nak bagi kita ingat DIA…erm sebab tu kena tengok hubungan kita ngan DIA camane??bape banyak kali kite tinggal solat??bape banyak kali kita baca Quran??bape banyak kali kite menangis kerana rindu pada-NYA??bila DIA turunkan ujian pada kita maka tandanya DIA SAYANG kita…dia nak bagi peringatan kat kita….ALLAH tu MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGAMPUN….

Tapi…………….kalau takde semua tu mungkin la kite berpotensi untuk buat kesalahan yang sama pada masa akan datang….yakin kan ALLAH tu MAHA ADIL??jadi jangan terlalu kecewa….jangan terlalu menuding jari…insha-allah biar DIA membalasnya….andai benar kita salah maka kita kan terima balasan tapi kalau dia yang bersalah insha-allah dia juga akan terima balasannya….kita???hanya mendoakan yang terbaik untuk semua di sekeliling kita…erm tapi tak mudah kan nak buat macam ni??mesti timbul gak nak menyalahkan orang len….lumrah kan manusia macam tu…tapi sebaiknya cuba lah…insha-allah ada bahagianya di sebalik sebuah penderitaan…

Erm…moge korang mampu mengikut prinsip ni…kalau nak la kan…insha-allah aman dunia…tapi kena kuatkan hati sebab pastinya rasa tu akan meremukkan hati korang…oke tq kalau sudi bace…semoge mendapat input dan outputnya….tata~SEKIAN~


Friday, October 14, 2011

::Fakta Menarik Mengenai Hidung::







Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan menghembus nafas?


Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin).


Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.


Anda merasa lelah, lakukan timbal-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali.


Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga senang sekali untuk panas, Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin.


Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.


Apakah anda ada memperhatikan ketika bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?


Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.


Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.


Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya seperti ditusuk-tusuk. Kemudian saya berubat dengan doktor dan beliau mengatakan ,"Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktar itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan disertakan dengan teori dan bukti.


Pada waktu itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh..


Pada suatu malam. saya duduk bersemedi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.


Ini adalah yang saya alami sendiri. Saya beritahukan kepada orang lain, jika sakit kepala, boleh mencuba cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Ramai orang pun telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada efek sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?


Selalulah mecuba terapi perrnafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali.

* dicopy paste dr fb..selamat mencuba! *



Monday, October 10, 2011

::SENAMAN SI TOMMY::

::tangani STRESS::

ANDA STRESS??

Mari sEsaMe kiTe aMaLkaN tEkniK 10B....yuk!

  1. Bertenang
  2. Bernafas secara dalam melalui abdomen
  3. Berkata "Relakslah.....sabar..."
  4. Beribadat...berzikir + berdoa
  5. Berkongsi perasaan/masalah dgn seseorng
  6. Berurut...
  7. Berehat...denga muzik yang lembut dan menenangkan
  8. Beriadah...
  9. Bersenam...
  10. Berfikiran positif..♥


selamat mencuba!ape2 pun pLg mEneNangkn haTi biLa kiTa kMBaLi pada-Nya...baCaLaH aYat-aYat AL-QURAN daN dEnga LaGu-LaGu kETUHANAN dan hayati...kOnpEm aTi kiTa tEnaNg...INSYA-ALLH...
ape YG pNtg sTress mNe pN aNda...
jGn sEseKaLi tinGGaLkn sEnyUman AnDa...!


kisah ABANG & ADIK



ALKISAH…ade pasangan adik-beradik (abang & adik)..si abang seorang yang sangat warak.dari kecil hingga dewasa rutin hariannye adalah menghambakan diri pada Yang Maha Esa. Mulutnya yak henti2 berzikir dan masjid bagaikan rumah kedua buatnye. Al-Quran menjadi pendampingnya. Berlainan pula dengan si adik. Dari kecil hingga dewasa hidupnya tak henti2 dengan maksiat. Mulutnya sering menuturkan kata-kata yang kurang enak.disco & pub menjadi rumah kedua buatnya. Perempuan menjadi pendampingnya dan zina permainannya.

Akhirnya pada suatu hari, mereka berdua mule BOSAN dengan aktiviti hariannya.si abang sudah bosan menghadap masjid dan adik sudah bosan melakukan maksiat. Maka setelah berbincang mereka setuju untuk menukar aktiviti harian mereka. Abang akan buat ape yang adik lakukan dan adik akan buat apa yang abang lakukan.

Maka bermulalah pertukaran mereka. Abang mula memakai pakaian adiknya dan memakai wangi-wangian dan bersiap untuk ke disko. Si adik menyarungkan jubah abangnya dan membawa tasbih serta berserban menuju ke masjid.

Malangnya…sedang mereka seronok melakukan aktiviti mereka..terjadi gempa bumi di kawasan itu. Di pub tempat abang sedang berseronok runtuh dilanda gempa bumi. Si abang dalam keadaan sedang memeluk perempuan dan mulut berbau arak mati dihempap. Masjid tempat si adik tak runtuh tapi akibat gegaran salah satu tiang masjid runtuh dan menghempap si adik. Alhamdulillah ketika itu si adik sedang memegang Al-Quran dan tasbih masih di tangan.

Akhirnya kedua adik-beradik meninggal sekelip mata sahaja.nampak kan kuasa Allah??sebab tu org ckp buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bayangkan kita mati ketika sedang melakukan kejahatan.nauzubillah~moge menjadi pengajaran buat semua.

* malang tidak berbau
* jangan sesekali bosan melakukan amal ibadah
* kuasa ALLAH jang pernah kite nafikan
SUMBER : dipetik dr tazkirah dr seorang ustaz dr Indonesia selepas solat tarawih

::DIA tahu yang kamu tak tahu::

KAPAL KARAM

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.Di samping itu, dia tak putus-putus meninjau laut yang bagai tak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya, lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa.

Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?

Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini?

Kenapa mesti aku??bukan orang lain?

Aku tahu ALLAH tak kejam tetapi mengapa nasib aku macam ni?

Dia kecewa, benar-benar kecewa. Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu lalu dia bertanya:

Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau tadi?

Kami ternampak asap dari pulau ini jadi kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada yang memerlukan bantuan

PENGAJARAN : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat hamba-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

~SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA~



Sunday, September 18, 2011

::teOri pErsoNaLiti IslaM::

Tingkahlaku manusia adalah akibat daripada interaksi antara roh dan badan. Tingkahlaku delinkuen terbentuk kerana kegagalan individu untuk mencuci hatinya. Menurut pendekatan Islam, Muhammad al Jiasi pada tahun 1976, beliau ada menyatakan terdapat 4 peringkat nafsu di mana ianya mempengaruhi tabiat manusia.

4 peringkat tersebut adalah seperti di bawah :


NAFSU AMMARAH
  • Nafsu amarah adalah nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.
  • Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu ammarah itu selalu menyuruh kepada kejahatan.’’
  • Peringkat nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan.
  • Nafsu ini tidak dapat dikawal oleh hati.
  • Individu ini tidak dapat merasakan perbuatan baik dan perbuatan jahat.
  • Apabila seseorang melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya ketika melakukan kebaikan ia tidak gembira.
  • Orang- orang yang memiliki jiwa seperti ini sukar ditegur kerana mereka biasanya tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan.
  • Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini kerana haiwan tidak mempunyai akal dan mereka bertindak sekadar memenuhi keperluan hidup

NAFSU LAWWAMAH
  • Nafsu lawwamah adalah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.
  • Allah berfirman dalam Surah Al-Qiyamah ayat 2 yang bermaksud, “Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).”
  • Peringkat nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.
  • Jelas tentang baik dan jahat dan sentiasa berusaha menanam nilai-nilai murni dalam diri
  • Individu ini tidak hanyut dalam arus kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.

NAFSU MULHAMAH
  • Peringkat nafsu yang sudah menerima kesedaran dan keinsafan serta merasa seronok melakukan kebaikan dan membenci kejahatan.
  • Sukar terlibat dan melakukan delinkuen,jenayah dan dosa
  • Menerima inspirasi daripada Allah bagi melakukan sesuatu perkara kerana sudah berusaha menyucikan hati.

NAFSU MUTMAINNAH
  • Nafsu mutmainnah adalah jiwa yang tenang.
  • Allah menyatakan dalam Surah al-Fajr ayat 27 hingga 30 yang bermaksud, “Wahai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku”
  • Peringkat nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan
  • Dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan.
  • Segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri dan kesusahan hidup yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah kerana hatinya mempunyai ikatan yang kuat kepada Allah.
  • Berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri
  • Mempunyai kawalan dalaman dan petunjuk untuk menghindari perlakuan delinkuen dan jenayah atau dosa.
  • Menurut Imam Al-Ghazali, nafsu mutmainnah adalah adalah tahap tertinggi dalam kehidupan manusia.
  • Individu yang berjaya sampai ke tahap ini akan mendapat balasan syurga menurut ayat di atas.

**Menurut Imam al-Ghazali pencapaian tingkat-tingkat nafsu bergantung pada ilmu dan latihan jiwa. Oleh itu beliau mengambil berat berkenaan pancaindera manusia kerana ia merangsang aspek dalaman. Segala maklumat menimbulkan khayalan, keinginan, pemikiran dan memberi kesan kepada hati bagi mendorong anggota badan bertindak. Apabila aspek dalaman menerima perkara baik, baiklah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh hati. Seterusnya baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu tersebut. Air muka yang tenang dan tingkahlaku yang sopan adalah pancaran daripada aspek dalaman diri**






Latar belakang kaunseling di Malaysia

Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.



Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of Malaya’. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk ‘ Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah ’ pada tahun 1966.

Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing. KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 5/1976,menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap sekolah.

Pada tahun 1969,hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di pusat-pusat bandar sahaja tetapi,sekolah –sekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya pendedahan mengenai dasar kerajaan ini.

Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru bimbingan.

Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga masalah yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa guru bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang secukupnya serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan guru bimbingan merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing pelajar. Kesedaran akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik pada tahun 1973. Persatuan ini membantu para pelajar dalam hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.

Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat di Institut Teknologi MARA,Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia.

Saturday, September 17, 2011

::awal BICARA::

aSsaLamuaLaikUm
saLam 1 Malaysia dan saLam perpaDuan..
alhamduLillaH akhiRnya bLog iNi terwUjud jua…bYk msLH yg dihadapi naMun msiH mamPu diAtasi..ini meRupakaN bLog kETiga sY daN bLog iNi diwUjudkan uTk aSsigmeNt yg teLah diBerikan..insha-allh blog ini akan dimanfaatkan khusus untuk ilmu2 kaunseling yang telah dipelajari dan dikongsi bersama aNda semua…diharapkan anda sudi melawat blog yang tak seberapa indah ini. Semoga segala iLmu dibLog ini mEmbawa maNfaaT kPd sMua…
;saLam pErkeNaLan;





LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...