Sunday, September 18, 2011

::teOri pErsoNaLiti IslaM::

Tingkahlaku manusia adalah akibat daripada interaksi antara roh dan badan. Tingkahlaku delinkuen terbentuk kerana kegagalan individu untuk mencuci hatinya. Menurut pendekatan Islam, Muhammad al Jiasi pada tahun 1976, beliau ada menyatakan terdapat 4 peringkat nafsu di mana ianya mempengaruhi tabiat manusia.

4 peringkat tersebut adalah seperti di bawah :


NAFSU AMMARAH
  • Nafsu amarah adalah nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.
  • Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu ammarah itu selalu menyuruh kepada kejahatan.’’
  • Peringkat nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan.
  • Nafsu ini tidak dapat dikawal oleh hati.
  • Individu ini tidak dapat merasakan perbuatan baik dan perbuatan jahat.
  • Apabila seseorang melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya ketika melakukan kebaikan ia tidak gembira.
  • Orang- orang yang memiliki jiwa seperti ini sukar ditegur kerana mereka biasanya tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan.
  • Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini kerana haiwan tidak mempunyai akal dan mereka bertindak sekadar memenuhi keperluan hidup

NAFSU LAWWAMAH
  • Nafsu lawwamah adalah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.
  • Allah berfirman dalam Surah Al-Qiyamah ayat 2 yang bermaksud, “Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).”
  • Peringkat nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.
  • Jelas tentang baik dan jahat dan sentiasa berusaha menanam nilai-nilai murni dalam diri
  • Individu ini tidak hanyut dalam arus kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.

NAFSU MULHAMAH
  • Peringkat nafsu yang sudah menerima kesedaran dan keinsafan serta merasa seronok melakukan kebaikan dan membenci kejahatan.
  • Sukar terlibat dan melakukan delinkuen,jenayah dan dosa
  • Menerima inspirasi daripada Allah bagi melakukan sesuatu perkara kerana sudah berusaha menyucikan hati.

NAFSU MUTMAINNAH
  • Nafsu mutmainnah adalah jiwa yang tenang.
  • Allah menyatakan dalam Surah al-Fajr ayat 27 hingga 30 yang bermaksud, “Wahai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku”
  • Peringkat nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan
  • Dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan.
  • Segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri dan kesusahan hidup yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah kerana hatinya mempunyai ikatan yang kuat kepada Allah.
  • Berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri
  • Mempunyai kawalan dalaman dan petunjuk untuk menghindari perlakuan delinkuen dan jenayah atau dosa.
  • Menurut Imam Al-Ghazali, nafsu mutmainnah adalah adalah tahap tertinggi dalam kehidupan manusia.
  • Individu yang berjaya sampai ke tahap ini akan mendapat balasan syurga menurut ayat di atas.

**Menurut Imam al-Ghazali pencapaian tingkat-tingkat nafsu bergantung pada ilmu dan latihan jiwa. Oleh itu beliau mengambil berat berkenaan pancaindera manusia kerana ia merangsang aspek dalaman. Segala maklumat menimbulkan khayalan, keinginan, pemikiran dan memberi kesan kepada hati bagi mendorong anggota badan bertindak. Apabila aspek dalaman menerima perkara baik, baiklah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh hati. Seterusnya baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu tersebut. Air muka yang tenang dan tingkahlaku yang sopan adalah pancaran daripada aspek dalaman diri**






No comments:

Post a Comment

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...