Thursday, November 21, 2013

HUDUD itu apa?

assalamualaikm wahai dunia...!

Alhmdulillah masih diberi ruang utk bernafas di bumi milik yang Maha Esa...dah makan ke smua? (ade ke org nak jwb pon, haha) oke takpe la...acely hari ni nak komen sket la ttg satu video yg dijumpai dekat youtube. Sejak sy keje ni...hmm byk info sy dpt...acely diri ni tersangat lah mls utk bukak utube...atau tgk movie...sy mgkn org audio so lebih kpd mendengar & bukannya visual...so alhmdulillah dipertemukan dengan kakak2 yg selalu bg info dekat sy ttg dunia masa kini...im glad to be there & be part of them !


Okey, what do u say about this video? How do u feel after watching dis?Jika kamu tak berasa apa-apa sila update & upgrade IMAN kamu. Renung kembali adakah kamu MUSLIM SEJATI?

Sy bukan nk bercakap psl politik sebab nya im not really interstd bout politics...sy bukanlah di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sy CONFIRM bukan KERAJAAN tapi saya juga bukan PEMBANGKANG. So juz ignore about the POLITIC view okey!
Oke FINE! U nak kutuk PAS atau PKR. Nk kata PAS (Parti Ajaran SOngsang!) Oke fine...tak rasa marah sgt sbb macam la depa betoi sangat kan?! (Ha...geram ni geram!) tapi berani pulak kan u olls KUTUK HUKUM ALLAH! Ya Rabbi...HUDUD hukum ALLAH bukan hukum PAS!!! HUKUM ALLAH tau taK??! Apa balasannya kutuk hukum Allah?

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

Maukah kita berada dalam golongan org yang ZALIM? Sy sbnr nya risau dengan Malaysia sekrang...baru2 ni FILIPINA dh kena TAUFAN HAIYYAN yg kata nya 365km/j! Mak aih dahsyat! Tau sebab pe? Sebab melanggar hukum Tuhan.Cubaan meruntuhkan MASJID utk dijadikan Mall! Maukah Malaysia juga ditimpakan azab sedemikian rupa? Allahurabbi~

Lepas tu ada pulak video yang kata HUDUD BUKAN HUKUM TUHAN! HUDUD tiada dalam Al-Quran. Meh sy bg buktinya...Dalil tentang HUDUD,,,pakcik, makcik, dato’ datin, tan sri. Pn sri....baca ni baik2 ye..

Mencuri : Mengambil atau memindah secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat menghilangkan harta tersebut dari jagaan tuannya. Hukumannya apabila sabit kes ialah potong tangan pencuri tersebut. Nasnya di dalam surah al Maaidah ayat 38 :
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) sistem cegah dan kawah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Lps tu dulu pernah ada orang cakap dekat sy hukum Hudud ni tak sesuai dijalankan di Malaysia sebab rakyat berbilang bangsa. Ada yang cakap x sesuai nanti tak adil bagi orang bukan Islam ! ye ! btul tu ! btul sgt kalau TENGOK SECARA KASAR sahaja! Sy dulu BODOH tak berapa nak cerdik kan...percaya je...lama-lama sy terFIKIR...HUDUD hukum ALLAH kenapa pulak nak laksana kan perlu berSYARAT? Kenapa? Cuba tgk BRUNEI...tgk negeri dia...kaya kan? Tgk org2 nya? Kenapa? Sebab melaksanakan HUKUM ALLAH! So Alhamdulillah diberi kesedaran awl betapa pentingnya mengikut hukum Allah...Mohon la pada smua...think before act...

I hope an ACTION will be taken towards that RUDE video ! I really HOPE before ALLAH turunkan BALA pada Malaysia ! Bertaubatlah wahai Manusia sekelian Alam!
Frankly speaking, im also not gud about what is HUDUD. So here, i will share little BIT info about HUDUD.


DEFINISI
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalamAl-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

JENIS HUDUD
1.   Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
2.   Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
3.   Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
4.   Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
5.   Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
6.   Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
7.   Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
-Namun Hukuman hudud ini hanya melibatkan Umat Islam sahaja ,orang yang bukan islam tidak terlibat sama sekali kecuali jika mereka mamilih untuk terlibat
-hanya orang dewasa yang berfikiran waras sahaja yang dihukum hudud,bagi kakanak-kanak dan pesakit mental mereka tidak terlibat

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
maksudnya :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

Moga ISLAM terus di HATI kita semua ! Moga ALLAH tetapkan IMAN.! Moga sentiasa di jalan-Nya... 


No comments:

Post a Comment

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...