Wednesday, May 8, 2013

Suara Seorang PERINDU


Bismillahirrahmanirrahim..
2 3 hari kebelakangan ini hati sangat terdetik untuk ke situ
Terasa ingin mencari sebuah ketenangan dan sebuah kedamaian yang kian hilang
Namun langkah kaki masih tidak gagah
Niat di hati masih tidak ikhlas
Lalu hasrat hati terpaksa dikuburkan dengan pelbagai alas an yg dicipta sendiri
Bila diri tidak dapat ke sana gelisah mula menjengah
Entah kenapa hati begitu rindu utk ke sana
Dan rindukan rakan-rakan yg ada di sana

Dan hari ini
Diri ini berjaya ke sana...
Walaupun berseorangan tanpa ditemani teman
Namun atas keinginan yg begitu kuat untuk merasai suasana di sana
Aku menguatkan diri
Namun, alangkah kecewanya diri ini
Tatkala melihat tempat itu sepi...
Hanya beberapa kelompok manusia shj yg kelihatan , baik lelaki mahupun perempuan
Ke manakah pergi nya puluhan ribu manusia yg mendiami kwsn ini?
Tiada lagi semangat ukhwah yg kelihatan
Tiada lagi senyuman ketenangan yg menyapa
Tiada lagi wajah-wajah yg dirindu
Ke mana mereka pergi? Tiada jawapan utk itu

Namun, aku gembira
Kerana akhirnya hasrat itu terlaksana walaupun telah terlambat
Setelah hanya tinggal sebulan
Hanya beberapa kali aku mampu ke MASJID utk solat maghrib & isya’ berjemaah
Insha-allh setelah kekuatan yg dtg pd hri ini
Aku akan cuba memanfaatkan masa yg ,masih berbaki
Utk mencari sebuah ketenangan & membina ukhwah sesame rakan seagama
Solat berjemaah itulah yg dirindu & masjidlah tempat yg dituju
Masjid Kampus Sultan Azlan Shah UPSI

Terima kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN ya RAHIM kerana memberi peluang pd diri & hati ini utk sentiasa mencari-Mu.

LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...