Assalamualaikum dan selamat pagi
Setelah sekian lama blog ini dibiarkan berhabuk dan bersawang,
maka terdetik di hati ini untuk menyambung kembali hobi lama dalam berblogging…:D Dalam tahun ini pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup aku…ada yg suka dan ada yg duka…tanpa
kita sedar, sebagai umat Islam kita telahpun melangkah ke tahun baru. Oleh itu,
di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah
kepada semua peminat (ewah!peminat konon..haha) yang beragama Islam. Semoga
tahun baru ini memberi 1000keberkatan dan rahmat kepada kalian. Jadikan tahun
baru ini sebagai medium untuk sentiasa meningkatkan amal ibadat kita sebagai
hamba di muka bumi milik yg Esa ini (ayat fb aku ni... )
Bila kita bercakap
mengenai tahun baru, pasti yg sering ditanya adalah “Apakah azam kita di tahun
baru?” ye…AZAM…bukan Azam Bin Dolah atau Azam Bin Pak Seman atau Muazam atau
Azamuddin dan sebagainya lah…tapi azam ni adalah apakah
matlamat, impian, atau cita-cita pabila kita melangkah ke tahun baru ini…jadi, kat sini aku nak berkongsi serba sedikit dengan kalian
mengenai azam aku ni yg tak seberapa…agak2
korang apa azam ak ye tahun ni??erm erm erm
Ye! Nampaknya semua
jawapan korang SALAH! Hehe….tah knape ape yg terlintas di
fikiran ak sempena taun baru ni adalah aku nak KAWEN! Ye…kahwin atau bhs panjang nya MENDIRIKAN RUMAH TANGGAJ
mungkin akan ada yang kata entry ni
entry gatal, miang dan sebagainya tapi bagi aku gadis seusia 22 tahun ni dah
layak untuk memikirkan tentang jodohnya atau siapakah yang bakal menjadi
peneman hidup sepanjang usianya di bumi Tuhan ini…aku bukannya nak mencari pasangan baru untuk bercinta atau
berkapel bagai..tapi aku mencari seorang teman hidup yang mampu menjadi suami
dan bapa kepada anak-anak aku kelak…
* cincin Irma & Redza..ak impikan lelaki mcm suami Irma :)
Jujurnya, tatkala melihat
teman-temanku mendirikan rumah tangga dan ada juga yang telah menimag cahaya
mata…ada rasa cemburu dalam hati ini namun
cepat2 ak istighfar dengan mengatakan mungkin belum tiba masanya untuk aku…mungkin aku juga masih kurang persediaan dalam menempuh alam yang
lagi satu. Allah itu tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya…ape2 pun tahniah pada sahabat-sahabat yg telah Berjaya mendapat
teman hidup dan cahaya mata. Harapan aku semoga hubungan kalian berkekalan
hingga ke syurga dan diredhai-Nya…jalankanlah
tanggungjawab sebagai isteri atau suami dengan sebaiknya. Ketahuilah bahawa
kalian telahpun menyempurnakan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Pengalaman gagal dalam
percintaan sebanyak 2 kali sudah serik untuk membuatkan aku bercinta atau kapel
lagi. Ya ! kapel itu haram hukumnya tetapi perasaan itu adalah anugerah
dari-Nya…jika kita pandai mengawal hati
maka tidak menjadi masalah untuk kita berkawan…kegagalan kali ini mungkin menutup hati aku untuk bercinta dengan
mana-mana lelaki lagi…biarlah aku jadikan dia cinta
terakhir dalam hidup aku…mungkin lepas ni aku akan
menunggu pinangan dari bakal suami aku…walaupun
aku masih tak tau siapakah dia…agak2 ada tak orang nak kat
aku? Huhu~
Cinta pertama aku
telah pun mengecapi kebahgiaan bersama isteri tercinta. Jujur, aku bahagia
melihat kebahagiaan mereka. Tak sabar rasanya melihat cahaya mata pertama
mereka. Kata dia, kalau kita saying orang tu, tak semestinya kita tunjukkan
kasih sayang kita tetapi cukup sekadar kita bahagia melihat dia bahagia J
ntah kenapa,aku berpegang pada kata-kata tu….buat
awak, terima kasih kerana masih menyayangi dan menjaga saya walau dari jauh.
Apa yang saya harapkan adalah kebahagiaan insan tersayang...
Cinta kedua merangkap yang terakhir baru sahaja pergi
meninggalkan aku. Jujur nya, hati ini masih sayang dan masih perlukannya.
Namun, biarlah DIA yang menentukan perjalanan hidup kami. Kalaulah dia bahagia
dengan keputusannya, insha-allah aku redha. Namun, jauh di sudut hati masih
mengharapkan kepulangannya dan semoga ia hanya sekadar mimpi. Dengan
berakhirnya hubungan ini, maka aku ingin mengunci dan menutup pintu hati
sehingga ada yang melamar aku untuk menjadi suri dalam hidupnya. Perjalanan aku
masih jauh dan banyak perkara yang aku ingin lakukan dalam kehidupan aku ini.
Sebelum memikirkan soal jodoh dan cinta, biarlah aku
menamatkan pengajian aku terlebih dahulu dan menggenggam segulung ijazah yang
menjadi kebanggaan keluarga aku. Doakan aku dapat MENGEKALKAN IJAZAH KELAS
PERTAMA yg aku peroleh sekarang… kadangkala aku terfikir camne
kalo takde orang nak kat aku? Hmmm…Nampak
macam sedih kan? Huhu…tapi aku tak kesah sebab aku
percaya ketentuan-Nya dan aku sudah ada perancangan untuk itu…aku berazam untuk menjadi seorang “career woman” atau
“workaholic”. Aku nak bagi kesenangan kepada family aku. Dulu , aku pernah
bercita-cita nak ambil anak angkat bila aku dah keje nanti. Sekurang-kurangnya
aku takde la sepi kat umah nanti. Ada jugak teman berborak dan berkongsi suka
dan duka. Aku teringin untuk jadi seorang ibu oke :)
ape2 pun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yg telah memberi peluang dan ruang untuk aku merasa disayangi dan menyayangi. terima kasih pada semua yang telah bersama-sama aku dalam menempuh kehidupan selama 22 tahun ini. sesungguhnya kalian banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenarnya terutama buat seluruh ahli keluarga yang sentiasa ada kala susah atau senang. aku jugak nak mohon maaf andai sepanjang kehadiran aku dalam hidup kalian telah membuatkan kalian teruguris hati. mohon maaf atas segalanya :)
ape2 pun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yg telah memberi peluang dan ruang untuk aku merasa disayangi dan menyayangi. terima kasih pada semua yang telah bersama-sama aku dalam menempuh kehidupan selama 22 tahun ini. sesungguhnya kalian banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenarnya terutama buat seluruh ahli keluarga yang sentiasa ada kala susah atau senang. aku jugak nak mohon maaf andai sepanjang kehadiran aku dalam hidup kalian telah membuatkan kalian teruguris hati. mohon maaf atas segalanya :)
Oke la…aku rasa aku pn dh nak smpai
tanjung malim…oh lupe ! mase ak menaip ni ak dlm trend dari Rawang ke Tanjung
Malim…so
skrg dh nk smpai, jd Lebih baik aku berhenti takat ni je…penat dah membebel. Thanks pada yang sudi membaca entry ni
sehingga ke penulisan yang terakhir. Mungkin aku belum cukup persiapan untuk
melangkah ke alam lagi satu. Aku bukan budak baik tapi aku sentiasa cuba untuk
ubah diri aku menjadi yang lebih baik ! doaakan aku Berjaya dalam hidup taw !
aku doakan kalian yang membaca ni pun Berjaya dalam hidupkalian…amin…