Sunday, September 18, 2011

::teOri pErsoNaLiti IslaM::

Tingkahlaku manusia adalah akibat daripada interaksi antara roh dan badan. Tingkahlaku delinkuen terbentuk kerana kegagalan individu untuk mencuci hatinya. Menurut pendekatan Islam, Muhammad al Jiasi pada tahun 1976, beliau ada menyatakan terdapat 4 peringkat nafsu di mana ianya mempengaruhi tabiat manusia.

4 peringkat tersebut adalah seperti di bawah :


NAFSU AMMARAH
  • Nafsu amarah adalah nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.
  • Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu ammarah itu selalu menyuruh kepada kejahatan.’’
  • Peringkat nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan.
  • Nafsu ini tidak dapat dikawal oleh hati.
  • Individu ini tidak dapat merasakan perbuatan baik dan perbuatan jahat.
  • Apabila seseorang melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya ketika melakukan kebaikan ia tidak gembira.
  • Orang- orang yang memiliki jiwa seperti ini sukar ditegur kerana mereka biasanya tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan.
  • Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini kerana haiwan tidak mempunyai akal dan mereka bertindak sekadar memenuhi keperluan hidup

NAFSU LAWWAMAH
  • Nafsu lawwamah adalah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.
  • Allah berfirman dalam Surah Al-Qiyamah ayat 2 yang bermaksud, “Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).”
  • Peringkat nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.
  • Jelas tentang baik dan jahat dan sentiasa berusaha menanam nilai-nilai murni dalam diri
  • Individu ini tidak hanyut dalam arus kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.

NAFSU MULHAMAH
  • Peringkat nafsu yang sudah menerima kesedaran dan keinsafan serta merasa seronok melakukan kebaikan dan membenci kejahatan.
  • Sukar terlibat dan melakukan delinkuen,jenayah dan dosa
  • Menerima inspirasi daripada Allah bagi melakukan sesuatu perkara kerana sudah berusaha menyucikan hati.

NAFSU MUTMAINNAH
  • Nafsu mutmainnah adalah jiwa yang tenang.
  • Allah menyatakan dalam Surah al-Fajr ayat 27 hingga 30 yang bermaksud, “Wahai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku”
  • Peringkat nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan
  • Dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan.
  • Segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri dan kesusahan hidup yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah kerana hatinya mempunyai ikatan yang kuat kepada Allah.
  • Berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri
  • Mempunyai kawalan dalaman dan petunjuk untuk menghindari perlakuan delinkuen dan jenayah atau dosa.
  • Menurut Imam Al-Ghazali, nafsu mutmainnah adalah adalah tahap tertinggi dalam kehidupan manusia.
  • Individu yang berjaya sampai ke tahap ini akan mendapat balasan syurga menurut ayat di atas.

**Menurut Imam al-Ghazali pencapaian tingkat-tingkat nafsu bergantung pada ilmu dan latihan jiwa. Oleh itu beliau mengambil berat berkenaan pancaindera manusia kerana ia merangsang aspek dalaman. Segala maklumat menimbulkan khayalan, keinginan, pemikiran dan memberi kesan kepada hati bagi mendorong anggota badan bertindak. Apabila aspek dalaman menerima perkara baik, baiklah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh hati. Seterusnya baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu tersebut. Air muka yang tenang dan tingkahlaku yang sopan adalah pancaran daripada aspek dalaman diri**






Latar belakang kaunseling di Malaysia

Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.



Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of Malaya’. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk ‘ Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah ’ pada tahun 1966.

Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing. KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 5/1976,menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap sekolah.

Pada tahun 1969,hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di pusat-pusat bandar sahaja tetapi,sekolah –sekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya pendedahan mengenai dasar kerajaan ini.

Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru bimbingan.

Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga masalah yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa guru bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang secukupnya serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan guru bimbingan merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing pelajar. Kesedaran akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik pada tahun 1973. Persatuan ini membantu para pelajar dalam hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.

Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat di Institut Teknologi MARA,Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia.

Saturday, September 17, 2011

::awal BICARA::

aSsaLamuaLaikUm
saLam 1 Malaysia dan saLam perpaDuan..
alhamduLillaH akhiRnya bLog iNi terwUjud jua…bYk msLH yg dihadapi naMun msiH mamPu diAtasi..ini meRupakaN bLog kETiga sY daN bLog iNi diwUjudkan uTk aSsigmeNt yg teLah diBerikan..insha-allh blog ini akan dimanfaatkan khusus untuk ilmu2 kaunseling yang telah dipelajari dan dikongsi bersama aNda semua…diharapkan anda sudi melawat blog yang tak seberapa indah ini. Semoga segala iLmu dibLog ini mEmbawa maNfaaT kPd sMua…
;saLam pErkeNaLan;





LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...