Wednesday, May 8, 2013

Suara Seorang PERINDU


Bismillahirrahmanirrahim..
2 3 hari kebelakangan ini hati sangat terdetik untuk ke situ…
Terasa ingin mencari sebuah ketenangan dan sebuah kedamaian yang kian hilang…
Namun langkah kaki masih tidak gagah
Niat di hati masih tidak ikhlas
Lalu hasrat hati terpaksa dikuburkan dengan pelbagai alas an yg dicipta sendiri
Bila diri tidak dapat ke sana gelisah mula menjengah
Entah kenapa hati begitu rindu utk ke sana
Dan rindukan rakan-rakan yg ada di sana

Dan hari ini
Diri ini berjaya ke sana...
Walaupun berseorangan tanpa ditemani teman
Namun atas keinginan yg begitu kuat untuk merasai suasana di sana
Aku menguatkan diri
Namun, alangkah kecewanya diri ini
Tatkala melihat tempat itu sepi...
Hanya beberapa kelompok manusia shj yg kelihatan , baik lelaki mahupun perempuan
Ke manakah pergi nya puluhan ribu manusia yg mendiami kwsn ini?
Tiada lagi semangat ukhwah yg kelihatan
Tiada lagi senyuman ketenangan yg menyapa
Tiada lagi wajah-wajah yg dirindu
Ke mana mereka pergi? Tiada jawapan utk itu

Namun, aku gembira
Kerana akhirnya hasrat itu terlaksana walaupun telah terlambat
Setelah hanya tinggal sebulan
Hanya beberapa kali aku mampu ke MASJID utk solat maghrib & isya’ berjemaah
Insha-allh setelah kekuatan yg dtg pd hri ini
Aku akan cuba memanfaatkan masa yg ,masih berbaki
Utk mencari sebuah ketenangan & membina ukhwah sesame rakan seagama…
Solat berjemaah itulah yg dirindu & masjidlah tempat yg dituju
Masjid Kampus Sultan Azlan Shah UPSI

Terima kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN ya RAHIM kerana memberi peluang pd diri & hati ini utk sentiasa mencari-Mu.

Saturday, April 27, 2013

KAUNSELOR adalah PENDAKWAH


Hari ini terdetik di hati ini utk berbicara mengenai dua kata-kata ini. Yang pertama,

 “ Hidup ini Satu Jalan Dakwah & Jalan itu PELBAGAI , jika tidak Mampu utk Berbicara Maka Menulislah”

Kata –kata ini telah diILHAMkan oleh otak sy sendiri dan yang kedua oleh seorang yg sgt sy kagumi iaitu Dr Malik :

“Kaunselor adalah PENDAKWAH !”

Perkataan DAKWAH itu sangat2 dekat di hati aku tika ini. Entah knp ia seolah-olah memanggil-manggil namun memikirkan diri ini belum layak maka kata-kata itu dibiarkan sepi seketika. Aku bukanlah seorang yang bertudung labuh & aku memang x suka nak pakai tudung labuh namun sebolehnya aku cuba memakai tudung yg menutupi dada, bersarung tangan, berpakaian longgar dan berstokin. Aku selesa begini walaupun aku sebenarnya mempunyai background agama. Insha-allh dari segi ilmu agama, aku ada walau tak banyak mana dan masih mencari ilmu-ilmu baru. Pendek kata, aku bukanlah sesiapa utk berdakwah dan mungkin apa yg aku katakan tiada siapa yg peduli kerana penampilan yg biasa-biasa ini.

APA ITU DAKWAH?

“Dakwah dalam ISLAM adalah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah S.W.T serta kembali kepada ajaran-NYA yang sebenar.”

ITU MAKSUD SEBENAR. Tetap apa MASYARAKAT tafsirkan tentang DAKWAH? Mereka menganggap dakwah hny layak disampaikan oleh USTAZ, USTAZAH, ALIM ULAMAK dan seangkatan dengannya. Disebabkan itulah golongan spt sy MALU untuk menyampaikan DAKWAH. Itu tidak mengapa kerana ia PERKARA BIASA yg belaku.Oke, kembali kepada kedua-dua ayat di atas.

      Setelah meneliti, aku mengerti kenapa sebenarnya aku diletakkan di bidang KAUNSELING atau PENDIDIKAN yg sedikitpun TIADA minat aku padanya sejak kecil lagi malah kerjaya inilah yg cuba utk aku ELAKKAN dan akhirnya ALLAH menakdirkan aku di sini. Walaupun secara TERPAKSA aku melangkah lama-lama aku REDHA dan PASRAH dan atas perkataan DAKWAH itulah aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai SEORANG MURABBI.

      Ye ! KAUNSELOR ADALAH PENDAKWAH ! Insha-allh akan aku pegang kata-kata itu. Dan dalam hidup ini aku hanya ingin berDAKWAH. Walau diri tidak sesempurna mana, IMAN tidak sekuat IMAN para nabi, kadangkala bangun dan kadangkala jatuh, tak mampu menegur MAKSIAT yg berleluasa, sekurang-kurangnya aku mampu MENULIS. ALLAH anugerahkan jari-jemari ini untuk menaip perkataan-perkataan yg baik-baik utk tatapan umat ISLAM yg lain. Ini pendekatan yg aku gunakan setakat ini. Ini yang termampu dan aku mengharapkan lebih lagi. Insha-allh akan aku mulakan dengan para pelajar kun anti.

      “Semoga aku KUAT DAN TABAH dalam berDAKWAH dan ramai lagi yang menyertaiku dalam langkahku ini. ALLAH, aku Mohon KEKUATAN atas KESULITAN yang telah Engkau tentukan utk ku. Pimpin hati ini utk REDHA atas ketentuan-Mu. Ameeen~”

Tuesday, April 9, 2013

aku MENEGUR


AKU MENEGUR bukanlah kesinambungan AKU BERCERITA hasil karya Ramlee Awang Murshid,
Bukan Juga Sebuah Cerpen atau Sebuah Sajak,
Tapi, Aku Menegur merupakan luahan hati AKU atas dasar kasihku pada insan, bernama HAWA...

HAWA,
Tidakkah kau tahu dirimu diciptakan dari tulang rusuk adam?
Didalam Surah At-Thariq : 5-7

" Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"

Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya utk dijadikan atasannya,
Bukan pula dari kakinya utk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya utk dijadikan teman hidupnya
Dekat pd leangannya utk dilindunginya & dekat di hati utk dicintainya

Fahamkah kamu wahai Hawa penyataan ini?
Mengapa kita sering menjadi hamba pd Adam?
Kita ni istimewa wahai Hawa…kita bukan Hamba mereka!

Kenapa Hawa selalu memberi apa yg Adam mahukan sedangkan Hawa belum halal utk Adam? Hawa terlalu memberi…hingga kadang-kadang maruah & harga diri Hawa tergadai…

Kenapa Hawa? Hawa x syg diri sendiri ke? Hawa sanggup buatkan assignment utk Adam, Hawa sanggup belanjakan wang ringgit utk Adam, korbankan masa bsama Adam sedangkan byk tugasan lain menanti hingga kdg2 Hawa lupakan kwn2 Hawa yg selama ini ada di sisi Hawa…Hawa biarkan Adam pegang tangan Hawa, peluk Hawa , cium Hawa bahkan lebih dari itu pn Hawa sanggup…keluar date tgh2 malam….Hawa tak risau ke kslmtn Hawa? Hawa lupa nafsu Adam Cuma satu? Hawa tak tau bila berdua ada yg ketiga iaitu SYAITAN? Hawa tak ingat pd mak ayah di kg yg sentiasa mahukan yg terbaik dr Hawa? Tak tkut jika mak ayah tau perangai Hawa?

Hawa, mak ayah hntr Hawa ke U atau kolej utk belajar...bukannya bsama Adam 24jam...Kenapa Hawa berubah krn Adam? Hawa tau x Adam bangga dpt Hawa? Bukan bangga sbb dikasihi sedemikian rupa tp bangga sbb dpt membuli Hawa, dpt mempergunakan Hawa sewenangnya krn Adam tau Hawa akan buat apa shj utk Adam krn Adam tahu Hawa sayangkan Adam sepenuh nyawa Hawa…

Knp Hawa begitu murah? Knp? Mana pergi harga diri Hawa? Mana pergi Ketegasan Hawa? Tak ke Hawa terfikir ape akan blaku kalo Adam tinggalkan Hawa? Ada Adam kesah psl Hawa?? Hawa anggap...Adamlah nyawa Hawa, segalanya bagi Hawa...kalau itulah yg Hawa anggap, mana letaknya ALLAH yg Maha Pencipta & Maha Penyayang??Hawa tau x ALLAH yg menjentikkan rasa kasih tu??tau x?

hawa... Adam pernah bertanya, Hawa selalu cakap Adam ni gatal...tetapi cuba Hawa tengok....bila kita berbual, siapa yang selalu bertepuk tampar? siapa yg mulakan? bukankah Hawa yg selalu & ringan tangan menampar bahu Adam? mencubit tangan Adam, bermain-main dengan Adam...jadi siapakah yg gatal sebenarnya? cube kita sama-sama renungkan wahai Hawa...

Hawa...sedarlah Adam hanya mempergunakan Hawa...bila Adam dh dpt segalanya dr Hawa termasuklah diri Hawa, Adam akan tggalkn Hawa...dan cari Hawa yg bru...Adam yg btl2 baik takkan memperlakukan Hawa sedemikian rupa...akan menjaga Hawa sebaiknya...menjaga hubungan Adam & Hawa...takkan usung Hawa ke hulu ke hilir, berdua-duaan, melalaikan Hawa dengan msej & call, kata-kata manis...kata-kata cinta yg melalaikan...sikit pun tak ingatkan Hawa pd ALLAH...itu bukan ADAM yg sebenar Hawa...tu Cuma Hawa Nafsu yg melalaikan...

Hawa, kuatlah Hawa, Hawaku sayang tolong jgn biarkan Adam memijakmu...mempergunakanmu...Adam tak salah...sikit pun tak salah ! sbb Adam juga manusia...punya perasaan & kadangkala Adam x sedar benda ni tapi Hawa kena tahu..perlu tahu ! berapa ramai Hawa yg kecewa kerana ditinggalkan Adam ? berapa ramai? Tdak kah Hawa takut akan diperlakukan sedemikian?

Hawa...selagi tidak punya hubungan yg Halal...jagalah jarak kita...kita ISTIMEWA Hawa...Maruah Diri kita yg utama...jgn nasi sudah menjadi bubur baru kita nk menyesali...Hawa sayangilah diri Hawa...jgn biarkan Hawa dibuli & dipergunakan oleh orang lain atas rasa kasih yg tiada tandingan...ALLAH ciptakan rasa kasih tu namun ALLAH tak bagi kita salah gunakan...kawallah wahai Hawa...ingat pesan AKU, jangan jadi BUTA kerana syg Hawa...

Hawa...
AKU menegur kerana rasa sayang & kasih
AKU menegur kerana tidak mahu Hawa menyesali
AKU menegur kerana tidak mahu Hawa disakiti
AKU menegur kerana tidak mahu Hawa lupakan ALLAH

AKU menegur kerana tidak mahu Hawa menderita
Tolong ingat pesananku Hawa
Maafkan aku hanya mampu menegur dalam penulisan kerana iman masih lemah utk menegur dengan mulut
Tapi aku harap Hawa sudi meluangkan masa utk membaca
AKU bukanlah yg terbaik
Tapi AKU tidak mahu HAWA mengulangi kesilapan lagi dan teguran ini utk AKU juga

ADAM,
Aku tahu ego mu tinggi
Tapi ketahuilah syg kami ikhlas,
Tolong jangan permainkan kami lagi
Kalau berani datanglah berjumpa wali Hawa
Dan jangan pergunakan Hawa lagi



Salam rasa kasih syg dari AKU

Saturday, March 9, 2013

ALLAH, Ampunkan Aku -.-


Assalamualaikm dan Salam Sejahtera,

Sekadar ingin berkongsi kata-kata ini

“Kadang-kadang kita nampak baik kerana ALLAH tutup aib kita”

Ye, mungkin ada yang kata aku baik atau dia baik. Tapi kadangkala kita sebenarnya tidak tahu kisah silam mereka. Benar, ada orang yang betul2 baik tapi pasti kita takkan mampu lari dari dosa. Ada orang kata aku semakin baik tapi aku tak pernah merasakannya kerana kebaikan ini adalah jalan untuk menampung dosa-dosa atas kejahilanku suatu ketika dahulu. Walaupun sekadar dosa kecil saban hari, bila dikumpul ia  mampu menjadi dosa besar. Bila mengenangkan diriku suatu ketika dahulu, hampir setiap hari aku ingin menangis dan memohon keampunan dari-Nya. Dosaku membuka aurat, dosa berkapel, dosa melawan kata mak abah, dosa menipu, bergosip dan banyak lagi dosa yang tak terhitung banyaknya. Aku risau ALLAH tidak mengampunkan dosa-dosaku suatu ketika dahulu.



Dan kini, hari ini dan hingga akhir hayatku INSHA-ALLAH diri ini dalam proses memperbaiki diri walau banyak kali aku jatuh dan jujurnya, hati ini masih belum mampu untuk khusyu’ beribadah kepada-Nya, belum cukup ikhlas untuk memaafkan, belum cukup kuat utk redha dengan ketentuan-Nya namun diri ini tak pernah berhenti mencuba dan terus mencuba.

ALLAH, ampunkan aku atas dosaku semalam, hari ini dan di masa hadapan. Bimbinglah diri ini untuk mencintai-Mu lebih dari aku mencintai dunia. Temukan diri ini orang-orang yang membantu aku menuju syurga-Mu. Aku hamba yang lemah L Memang aku bukan orang yang bertudung labuh, berniqab dan berjubah namun aku insan yang sentiasa berusaha ke arah itu...


Moga aku ISTIQAMAH dalam perjuangan menuju redha-Mu. Aku insan yang masih belajar dan akan terus belajar. Seringkali terfikir mengenai bagaimanakah pengakhiran hidupku. Bila ada yang bertanya soal jodoh, aku seolah-olah tidak punya hati lagi. Kenapa? Kerana diri ini masih belum baik lagi. Aku percaya ALLAH tentukan jodoh berdasarkan siapa kita pada ketika itu. Aku inginkan seorang pendamping yang mampu membawaku ke syurga-NYA. Bagaimana ingin mendapatkan orang itu andai diri masih tidak ke arah itu? Jadi biarlah aku bersendiri terlebih dahulu dan memperbaiki diri dan bila tiba masanya Jodoh itu akan datang sendiri J

Saya selesa dengan hidup sy skrg dengan hanya mendambakan cinta-NYA J  Moga orang sekelilingku turut bersamaku ke arah kehidupan yang lebih baik~



Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul


Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad
Wa a’la alihi washohbihi wasallim
12 rabiul awal 1434 H
Salam Maulidur Rasul !

Terdetik dalam hati ini satu perasaan yang aneh, perasaan ingin bertemu kekasihMu Ya Rabb.Entah mengapa hati ini begitu rindu pada kekasih-Nya, Muhammad S.A.W
Diri ini tahu terlalu banyak dosa dilakukan, Diri ini pernah terleka suatu ketika dahulu, terkadang hati terdetik. Masih adakah ruang pengampunan untuk ku? Ya, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. Allah, ampunkan segala kekhilafanku di masa lalu, segala kelalaianku di masa lalu, terlalu mengejar CINTA DUNIA hingga lupa cinta yang abadi

Layakkah aku untuk bertemumu, Ya Rasulullah? Kadang2 aku rasa lucu, insan sejahat ini mampu menangis kerana rindu kan Rasulullah. Apakah benar ini aku? Apakah benar air mata ini? Allah...terima kasih kerana menjentikkan rasa RINDU dalam hati ini pada seorang insan yang tak pernah aku temui. Mungkin ada di antara kalian yang sudah biasa dengan perasaan ini. Menangis kerana Allah, menangis kerana Rasulullah. ALHAMDULILLAH, tahniah ! kalian insan terpilih yang Allah janjikan syurga buatmu. 

Aku masih insan yang LEMAH, masih cuba mencari-cari erti kehidupan yang sebenar.
Kini, aku kembali. Kembali mencari CINTA HAKIKI. Walau masih lemah, aku paksa diri untuk melakukan perubahan. Mungkin tiada yang berbeza di mata orang, tapi biarlah hanya ALLAH yang mengetahui perubahan aku. Aku harap moga sentiasa ISTIQAMAH dalam perjuangan ini.
ALLAH, Aku Rindu (T_T)


Tuesday, January 8, 2013

Tips Melupakan Kekasih



Bagaimana cara lupakan bekas kekasih?

Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

Sebelum tu, Saya nak cakap,
“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”





Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,
BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are
you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca
sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE
SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je,
“ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara
berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam
selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah
dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu
dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat! :)


* cOpy Paste fRom FB *


Monday, January 7, 2013

::2012 in memory::


Assalamualaikum W.B.T…

Alhamdulillah, masih diberi sebuah kehidupan disamping kehadiran insan yang tersayang…Tahun 2012 kini melabuhkan tirainya. Maka bermulalah sebuah tahun baru, 2013. Bermacam-macam kenangan yang terlintas apabila merenung masa lalu. Aku percaya semua orang pasti ada kenangan silam yang masih melekat hingga ke hari ini. Aku percaya manusia itu pasti akan jatuh walau hanya sekali cuma dan dari kejatuhan itulah membuatkan manusia itu bangun dan terus kuat meniti hari-hari yang mendatang.

Dalam kita berbahgia pasti ada insan yang sedang menderita dan begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita lupa bersyukur atas segala nikmat yang telah kita peroleh di muka bumi ALLAh ini. Peristiwa 2012 itu bagaikan NIGHTMARE dalam hidup aku. Namun daripada NIGHTMARE itulah aku bangun untuk berusaha mencapai SWEETDREAM yang aku impikan. Siapa sangka percintaan yang terbina setelah sekian lama musnah sebegitu sahaja hanya kerana perkara yang dipendam sekian lama. Sebuah penyesalan terbit di hati ini kerana degil tidak mengikut kata hati untuk meninggalkannya. Namun, aku hanya insan lemah yang memohon kekuatan dari ALLAH yang maha Esa. Benar kata orang, MENCINTAI MANUSIA buat kita LEMAH, tapi MENCINTAI ALLAH buat  kita jadi lebih KUAT dan TABAH. Atas kegagalan itu, aku mula mencari kehidupan yang sebenar iaitu KEHIDUPAN AKHIRAT. Kalaulah ALLAH ambil nyawaku tika ini, aku bersedia kerana sesungguhnya ujian-NYA kali ini terlalu berat untuk aku tanggung. Namun, apalah dayaku melawan takdir yang Maha Esa.

Dalam aku mencari kekuatan, pasti ada sahaja halangan yang mendatang. Aku berhadapan dengan pelbagai karenah manusia yang masih tidak faham apa yang aku alami. Namun, aku anggap ianya sebagai ujian dari-Nya untuk menebus kembali dosa aku pada masa lalu. Diri ini terlalu leka dengan dunia sehingga lupa sebuah kehidupan yang abadi iaitu kehidupan Akhirat sana. Dan akhirnya kini, sehingga saat ini aku masih tercari-cari di mana kekuatanku? Yang dulu aku banggakan?


*bakal pendampingku*

Alhamdulillah, ALLAH Maha Penyayang. Dia beri aku satu kehilangan namun dia gantikan dengan ANUGERAH yang terindah buat aku. Makin ramai orang yang aku kenal membuatkan aku bersyukur atas pemberian-NYA. Perkenalan aku dengan dirinya sedikit sebanyak mampu membuatkan aku kuat. Ketabahannya membuatkan aku terfikir sejenak. Kalau dia boleh, mengapa aku tidak ? sedangkan ujiannya lebih besar dari aku. Dan aku ditemukan dengan orang-orang yang pernah jatuh suatu ketika dahulu dan kini menjadi insan yang Berjaya dan bangkit dengan sebuah senyuman di bibirnya. Sesungguhnya aku bersyukur atas pemberian yang tidak ternilai untuk aku.

2013 ini akan kujadikan tahun yang terindah buat diriku. Akan aku capai segala yang aku impikan. Akan aku hapuskan segala duka yang telah aku lalui. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat, kaum keluarga yang telah banyak membantu aku untuk terus bangun dari kejatuhan. Walaupun mungkin tanpa sedar aku menjadikan mereka idola aku. Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa banyak lagi keindahan dalam dunia ini yang perlu aku teroka. Aku berazam untuk melupakan segala yang telah aku lalui dan berhenti melakukan semua yang telah aku lakukan demi sebuah kebenaran. Aku sudah berusaha dan kini tibalah masanya untuk aku bertawakal dan berserah kepada-Nya untuk membalasnya.

* my big family*
*catalyst*

Doaku , “ya ALLAH ikhlaskan hati ini untuk redha atas ketentuan-Mu. Berikan kebahagiaan kepada insan yang pernah membahagiakan hidup aku. Kurniakanlah aku pendamping yang mampu membimbing diri ini ke arah mendekati-Mu. Jangan biarkan diri ini mencintai orang lain lebih dari cintaku kepada-Mu. Aku berserah sepenuhnya kepada-Mu . ampunkanlah segala dosa-dosaku dan terimalah taubatku”

#SELAMAT TINGGAL NIGHTMARE -.-


LANGKAHKU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...