Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Showing posts with label CERPEN. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Aku dan Anjing

Kisah ni berlaku pagi semalam. Tak tau la kenapa mood ak minggu ni makin hari makin down...so smlm ak rasa nk pkai yg paling simple skali kononnya...pakai jubah ! tapi takde la simple mane pn sbb jubah tu ade riben yg sgt pnjg kat blkg nya....konon2 ala PRINCESS la tu haha

So dipendekkan cerita, ak pn keluar la rumah...start moto...keluar pagar....keluar je pagar...ak pon heran kenapa la anjing sblh umah ak ni asyk menyalak je....dh knp anjg ni? Buang tebiat ke ape? Geram pulak ak nengoknya...kang org len ingat ak pencuri plak...mse ak memula msuk umah tu ye la..memang die dok menyalak je...mgkn sbb jumpa awek cun org baru kot...dh la kaler hitam...x lawa lgsung anjing nya haha ! ups!  ak pon membiarkan kepelikan tu dan trus berlalu pergi...

mcm ni la anjing jiran ak,,scary x kalo die menyalak? haa~

Elok je ak membelok ttbe ak rse mcm tertarik ke blkg...Eh?Eh? dh knp ni? Trus ak benti...then tgk2 belakang...korg tau pe? Adehai~ riben ak dh tersangkut kt dlm tayar!! Huwaaa~ abes bju baru ku....hitam riben nya yg kaler kuning tu...tp ak bersyukur sbb ak x jatuh or accident sbb benda ni...

Ak pun meneruskan perjalanan dengan mood yg memang berTAMBAH spoil la...nak xnak gagahkan jugak la kan pegi keje...smpai je ak kat tmpt keje...bru ak terPK sesuatu...hmm ak rasa la kan...sbb tu la kot anjing tu menyalak...Eh! baik jugak la ye anjing ni...ak berTERIMA KASIH sgt dengan anjing tu...wpun ak wat x endah je die dok nyalak kat ak...bru ak ingat die menyalak smbil pusing2 kan badan die & mcm tnjuk ekor die...tu mgkn ISYARAT nk bgtau ak yg ak pnye riben dh tersangkut kan...

Hmm...menyesal plak ak bersangka buruk kat anjing tu....tu la manusia kan...suke beno PK negative...astaghfirullahalaziim~ and tetiba jugak ak teringat kisah PELACUR yang masuk SYURGA hanya kerana bagi anjing minum...Ye..! kita memang tau anjing tu haram utk dipegang & najis nya adalah najis MUGHALLAZAH tp die tetap hamba ALLAH yg diciptakan...so tak patut la kita nak buat naya kat dia kan...so tak salah rasa nya kita mengasihi binatang binatang ini , asalkan tidak melanggar hukum ALLAH


Ha itu je la cita nya,,,so mulai hari ni...jom sama-sama didik hati untuk berPRASANGKA baik & mengasihi makhluk ALLAH...


Tuesday, December 4, 2012

teNtaNg NIKMAT


Assalamualaikum & selamat petang
 
"ya allah, redhakan lah aku atas apa yg telah engkau takdirkan"

Alhamdulillah, hari ini kita masih bernafas di bumi milik sang Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Hari ini sy hanya ingin berkongsi sebuah cerita yg mungkin dapat memberi kekuatan buat insan yang pernah merasa kehilangan tidak kiralah kehilangan harta benda, kecantikan, hatta orang-orang yang tersayang.

        Sy pernah dengar satu kisah di radio. Kisahnya pada zaman dahulu…ada seorang hamba Allah yang diuji oleh Allah. Hamba ni sangat taat beribadah dan terkenal dengan kealiman dan warak nya. Pada suatu hari, beliau diuji Allah. Beliau menderita sakit kencing manis (istilah moden) lalu kaki beliau terpaksa dipotong. Zaman dulu takde mesin canggih2 ni, potong kaki pakai gergaji je..cuba anda bayangkan betapa sakit dan azabnya kaki dipotong menggunakan gergaji. Allah…tak terbayang keperitan hamba Allah ini. Namun, ketika kakinya dipotong tiada setitik pun airmata atau jeritan yang kedengaran di bibir hamba Allah ini…zaman dulu mana ada bius2 ni…beliau sedar dan melihat sendiri kakinya dipotong. Can u imagine? Allah….tabahnya hati lelaki ini. 

Setelah selesai kakinya dipotong, datang seorang rakan memberitahu khabar tentang anaknya. Anda tahu apa ? anaknya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Sy tak pasti kemalangan yg bagaimana tetapi yg pastinya anak hamba Allah ini telah meninggal dunia. Allah….sudah lah kakinya dipotong, anak nya pula meninggal dunia…bak kata orang, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga. Dan sekali lagi, tiada setitik pun airmata yang keluar dari mata lelaki ini dan beliau dalam keadaan tenang pulang ke rumah bagi menguruskan pengebumian anaknya.

        Lalu, rakan-rakannya hairan melihat reaksi hamba Allah ini. Datang seorang rakan bertanyakan kemusykilan yang bersarang di hatinya.

“ wahai sahabat, engkau telah ditimpa dengan dua bencana. Pertama, engkau kehilangan kakimu. Kedua, engkau kehilangan anakmu. Namun, aku lihat tiada setitik pun air mata yang mengalir dari matamu. Malah, muka kamu juga kelihatan tenang menghadapi kedua musibah ini. Apakah sebenarnya yang engkau fikirkan wahai sahabat? “

Lalu hamba Allah ini menjawab,
“ aku tidak menangis bukan bermakna aku tidak sedih dengan kehilangan nikmat Allah ini. Tetapi, inilah yang aku fikirkan. Aku hanya kehilangan kaki, sebelah kaki sahaja, aku masih ada satu lagi kaki untuk aku terus berjalan di muka bumi ini. Aku juga masih mempunyai anggota yang lain untuk membantu aku meneruskan hidup. Jadi, tiada apa yg perlu ditangiskan. Aku memang kehilangan seorang anak dan aku tidak menangis bukan bermakna aku tidak sayang tetapi krn aku masih mempunyai anak-anak yang lain. Anak-anak ini masih mampu memberikan kebahagiaan untuk aku. Aku hanya hilang sedikit sje nikmat yang ALLAH kurniakan. Jadi, untuk apa aku menangis? Masih banyak nikmat yg Allah tinggalkan untuk aku berbanding apa yg ditariknya”

Sahabat terdiam. Hurm…hebat kan hamba ALLAH ni kwn2? Sungguh tabah menghadapi ujian dari-NYA. Ye, btul….kita hanya kehilangan sedikit sahaja nikmat yg allh kurniakan tapi kita tidak hilang semuanya..buat  kamu semua yg pernah kehilangan, bersabarlah. Anggaplah itu takdir yang Allah tetapkan untuk kamu. Banyakkan bersabar kerana di sebalik kepahitan itu ada kemanisannya. Semoga diri kalian sentiasa dlm rahmatnya. 

Assalamualaikum...

Saturday, June 2, 2012

KaSUt & sYuKuR


saLam kEriNduaN buaT sEmua pEnghUni aLaM maYa…
sTLh LaMe tidaK bErbLoggiNg aKhirNya pTg iNi tErgEraK haTi naK mEnuLis sEbuaH cErita buat taTapaN saHabaT…

aLkisaH…mAse aKu tUnggu bUs uTk puLg kE taNjonG maLim taDi…aKu dUduk di baNgku yg disediakan…di sEbeLah aKu tErdaPat sEoraNg uNcLe…berdasarkaN rauT waJahNya aKu rAsa dia kauM ciNa..pD mULa nYa aKu tidaK menghirauKannYa & taK sEdar pUn akaN keWujudanNya…
naMun,
ada sEsuaTu yG meNarik akU uNtuk memeRhatikannYa…
iaitu… K. A. S. U. T

*sekadar hiasan :)

aku tErLihaT dia mEngambiL sEbuah kOtak tErpakai daN kemudiaN menGguNting kOtak iTu mengikUt saiZ daN bEntuk KasuTnya pD mULa nya aKu iNgatkaN unCLe ni tuKanG kaSut, rupaNya tidaK dGn kOtak itu, die membuat taPak kaSut  uTk dijadikan alas kasutnya yang teLah pUn niPis daN kOyak…sEteLah kEdua2 taPak kaSut kOtak yg dibuatNya siap, dia pUn meLetaKkannYa ke daLam kasut Nya..

kemudian…
dia tErseNyum geMbira….seOlah-oLah die diHadiahkan kasuT yang baRu..
ya ALLAH..hampir menangis aku meLihat sEnyUman itu…aKu meNcuri-curi memerhatikannya…seteLah itU, die mNyimpan sELipar yg dipakai sebelumNya daN menGemas bRg2 nYa…sEnyumaN masih x leKang di biBir…

uSai die pErgi…aKu meReNung sEjeNak aNtara aKu dEngan UncLe tadi… kEgeMbiraaN kaMi saMa tEtapi aKu dapaT sEsuaTu yg jaUh lebih baiK daRi apa yG dimiliki…aKu mereNung diRiku yG akU kira sUka mELakuKan pEmbaZiran…

kaSut kOyak sikit taKnak baiki, padahaL masih canTik lagi…tErus bELi baRu…kaSut dh kOtor, takNak baSuh..terus buang tOng samPah..kaLo x sEdaP pkai…tErus taK pakai…

tapi uncle tu…walaupun dia Cina taPi aKu rasa dia LeBih taHu bErsyukur daRi akU...daN aku rasa kAsut yG dibaiKi tu kaSut yG dia pUngut daRi tOng saMpah…
hUrm…tErasa diRi iNi kErdiL daN jahiL…

wAhai saHabat,
sEmoga cErita iNi mEmBeri pEngaJaran bUat kalian…
mAsih ada iNsaN yg taK bErnaSib baik d mUka bUmi iNi…
bErsYukur aPa adanYa ~



Monday, October 10, 2011

kisah ABANG & ADIK



ALKISAH…ade pasangan adik-beradik (abang & adik)..si abang seorang yang sangat warak.dari kecil hingga dewasa rutin hariannye adalah menghambakan diri pada Yang Maha Esa. Mulutnya yak henti2 berzikir dan masjid bagaikan rumah kedua buatnye. Al-Quran menjadi pendampingnya. Berlainan pula dengan si adik. Dari kecil hingga dewasa hidupnya tak henti2 dengan maksiat. Mulutnya sering menuturkan kata-kata yang kurang enak.disco & pub menjadi rumah kedua buatnya. Perempuan menjadi pendampingnya dan zina permainannya.

Akhirnya pada suatu hari, mereka berdua mule BOSAN dengan aktiviti hariannya.si abang sudah bosan menghadap masjid dan adik sudah bosan melakukan maksiat. Maka setelah berbincang mereka setuju untuk menukar aktiviti harian mereka. Abang akan buat ape yang adik lakukan dan adik akan buat apa yang abang lakukan.

Maka bermulalah pertukaran mereka. Abang mula memakai pakaian adiknya dan memakai wangi-wangian dan bersiap untuk ke disko. Si adik menyarungkan jubah abangnya dan membawa tasbih serta berserban menuju ke masjid.

Malangnya…sedang mereka seronok melakukan aktiviti mereka..terjadi gempa bumi di kawasan itu. Di pub tempat abang sedang berseronok runtuh dilanda gempa bumi. Si abang dalam keadaan sedang memeluk perempuan dan mulut berbau arak mati dihempap. Masjid tempat si adik tak runtuh tapi akibat gegaran salah satu tiang masjid runtuh dan menghempap si adik. Alhamdulillah ketika itu si adik sedang memegang Al-Quran dan tasbih masih di tangan.

Akhirnya kedua adik-beradik meninggal sekelip mata sahaja.nampak kan kuasa Allah??sebab tu org ckp buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bayangkan kita mati ketika sedang melakukan kejahatan.nauzubillah~moge menjadi pengajaran buat semua.

* malang tidak berbau
* jangan sesekali bosan melakukan amal ibadah
* kuasa ALLAH jang pernah kite nafikan
SUMBER : dipetik dr tazkirah dr seorang ustaz dr Indonesia selepas solat tarawih

::DIA tahu yang kamu tak tahu::

KAPAL KARAM

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.Di samping itu, dia tak putus-putus meninjau laut yang bagai tak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya, lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa.

“Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?”

“Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini?”

“Kenapa mesti aku??bukan orang lain?”

“Aku tahu ALLAH tak kejam tetapi mengapa nasib aku macam ni?”

Dia kecewa, benar-benar kecewa. Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu lalu dia bertanya:

“Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau tadi?”

“ Kami ternampak asap dari pulau ini jadi kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada yang memerlukan bantuan “

PENGAJARAN : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat hamba-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

~SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA~



LANGKAHKU

::ENERGIZER:: (3) ::INFOSIHAT:: (3) ::kaUnseLing:: (2) CERPEN (5) cOretaN (21) LovE (7) MyMaster (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...